Sistem Ejen Jualan : SISTEM EJEN TIDAK AKTIF, SALAH SIAPA?

Sistem Ejen Tidak Aktif, Salah Siapa?

Sistem ejen yang tidak aktif sering menjadi mimpi buruk krpada setiap founder, macam mana nak menjual kalau semua slow? 200-300 ejen pun tak guna kalau tak menjual dengan aktif. Walaubagaimanapun sebagai founder kita yang harus sokong ejen ejen kita untuk lebih peka dan berminat untuk menjual produk atau servis kita. Blog kali ini Ejen2u kongsikan 7 cara nak rancakkan sistem ejen anda.

6 TIPS TAWAN EJEN ANDA.

1.TOOLS MARKETING

Sebagai owner bisnes, memang jadi perkara WAJIB untuk melabur dan sediakan bahan-bahan promosi. Apa contoh tools marketing yang anda boleh sediakan?

  • Gambar produk, buat shooting profesional, sediakan gambar yang berkualiti dan menarik.
  • Sediakan info produk secara lengkap, anda harus faham, ejen takde masa nak study produk anda. Anda perlu study dan benar-benar mahir kemudian sediakan semua template jawapan yang bakal ditanya pembeli, dan juga sediakan maklumat lengkap produk anda. Anda boleh explain dalam bentuk video atau gambar.
  • Flyers, mungkin ada di kalangan ejen anda yang belum pandai nak buat online marketing, jadi sediakan flyers supaya mereka boleh edarkan di tempat-tempat mereka nanti.
  • Testimoni, sediakan gambar atau video result selepas gunakan produk anda. Senang untuk ejen anda buat sales nanti.

Content, apa-apa tips dan content yang di post dalam page kongsikan pada ejen anda. Kadang-kadang mereka tiada masa nak sediakan sharing content ni. Bile tiada bahan dari anda , nanti orang tengok page kosong sahaja, menjual sahaja,kurang orang nak tertarik dan membeli seterusnya memeberi kesan buruk pada produk anda.

  1. MARGIN BESAR

Anda kena faham kenapa anda perlu berikan untung yang besar pada ejen, dengan berikan keuntungan yang besar, ejen akan lebih tertarik dan akan fokus dengan produk anda.

Biasanya, perangai ejen ni akan cuba cari mana-mana produk yang boleh berikan untung yang besar.Oleh itu, anda perlu lock mereka awal-awal lagi. Biar anda untung kecil, tapi ejen untung besar. Barulah mereka setia dengan anda.

Anda sebagai owner produk, jangan risau dapat untung kecil. Anda sedang sasarkan jualan volume, tak perlu risau. Kan buat sales ramai-ramai tu lebih menguntunglan dari jual sorang-sorang.

Secara tak langsung anda telah menambah nilai hidup orang lain. Betu?

  1. TRAINING EJEN

Kalau anda betul-betul SERIUS nak buat sistem ejen, anda WAJIB buat training untuk ejen anda. Kalau takde training macam mana mereka nak buat sales?

Anda harus faham, training yang anda boleh sediakan pada ejen anda boleh dipecah dalam pelbagai bentuk, contohnya;

  • Modul buat sales marketing
  • Modul cara closing
  • Kenali produk anda dengan lebih teliti
  •  Modul teknik marketing online dan offline
  • Modul strategi marketing

Bila ejen anda dah mahir dan ada ILMU untuk buat sales, mudah untuk mereka buat sales sekaligus ‘payung’ naikkan produk anda.

  1. CABARAN

Buat cabaran atau peraduan dikalangan ejen anda, berikan hadiah lumayan, terpulang samada dalam bentuk wang tunai, gadget atau percutian bagi ejen yang capai sasaran yang ditetapkan oleh anda.

Kaedah ini boleh buatkan mereka lebih semangat untuk promosikan produk anda dan bersaing sesama sendiri.Cabaran seperti ini biasanya berjalan selama satu bulan, anda juga perlu update sales ejen dari masa ke semasa, update siapa yang sedang leading siapa yang ketinggalan, tujuannya untuk ‘bakor’ mereka.

  1. JAGA EJEN

Sistem ejen ni sama seperti sistem kekeluargaan, anda perlu layan mereka seperti keluarga sendiri. Buat gathering bersama ejen-ejen.. Bina engagement dengan mereka, bila mereka dah jatuh cinta, mereka akan loyal dengan anda.

Semasa gathering berlaku, anda boleh buat sharing session, panggil ejen yang top-top dan kongsikan pada ejen yang lain untuk beri inspirasi.Dengan cara ni, mereka akan lebih bersemangat untuk promosikan produk anda.

Walaubagaimanapun, tak perlu cari ejen yang terlalu ramai tapi takde kualiti. Kita fokus pada KUALITI bukan KUANTITI.Biar sikit tapi ada ‘function’ dan ia lebih mudah nak jaga berbanding ramai ejen tapi takde ‘function’ dan memeningkan kepala.

  1. GROUP SUPPORT

Perkara ni sangat WAJIB untuk anda sediakan pada ejen anda untuk jaga konsistensi dan monitor mereka.

Sediakan fb group, whatsapp group dan telegram group. Yang penting mudah untuk anda update ejen-ejen dan berkomunikasi dengan diorang.

Anda juga perlu aktif, update mereka setiap hari, tanya khabar dan sentiasa terbuka untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Ini salah satu cara untuk bina engagement dengan ejen. Takdelah ejen anda diam je bila tengok ejen lain aktif.

Kesimpulannya, jika anda buat 6 cara diatas, anda boleh jana sales 6-7 angka dalam tempoh 1 tahun. Insyaallah! Hanya usahawan yang tak kenal erti putus asa sahaja yang akan berjaya.

Sign up for our newsletter

Get the best content on user insights, design, and product management delivered to your inbox every week.