Ramai yang ingat bahawa marketing hanya sekadar tekan butang “ads” di media sosial, dan sales akan masuk. Tapi, sebenarnya, marketing lebih daripada sekadar tekan iklan.
Berikut adalah 3 perkara penting yang perlu difahami oleh para founder:
1. Bina Funnel Marketing atau Customer Journey
Menjual melalui iklan boleh memberi hasil, tapi sampai bila anda nak bergantung dengan iklan berbayar semata-mata? Dengan membina funnel marketing yang efektif, anda boleh menarik pelanggan yang lebih bersedia untuk membeli dan lebih berpotensi untuk membuat repeat purchase. Kenapa? Sebab mereka dah kenal dan faham produk atau servis anda sebelum buat keputusan untuk membeli.
2. Susun Strategi Online Marketing Anda
Marketing adalah proses memperkenalkan produk atau servis anda kepada bakal pelanggan. Ia memerlukan proses ‘percubaan dan kesilapan ‘trial and error’. Jadi, rancang bajet, promosi, dan bahan marketing seperti poster, video, content dengan tersusun. Hanya dengan strategi yang jelas, anda boleh memastikan setiap usaha marketing memberikan hasil yang berbaloi.
3. Marketing Bukan Sekadar ‘Bawa Masuk Duit’
Ramai founder keliru, dengan menyangka marketing adalah cara direct untuk terus bawa masuk duit. Hakikatnya, marketing adalah suatu proses yang panjang dimana dari fasa untuk mengenalkan produk anda kepada orang ramai, jadikan mereka berminat dengan produk anda, kemudian membeli produk anda dan juga kembali untuk membuat belian sekali lagi.
Kesimpulan, sebagai pemilik bisnes, anda perlu tentukan strategi terbaik untuk memastikan perniagaan anda kekal berkembang. Jika anda tahu asas marketing, ia sebenarnya bukanlah sukar. Tapi, jika anda sedang buntu dalam usaha marketing dan jualan, jangan risau! Team Ejen2u sedia membantu.
Sertai Deep Dive Session kami secara percuma di IOI Conezion, Putrajaya, untuk mendapatkan panduan yang lebih mendalam tentang keperluan spesifik bisnes anda untuk memastikan bisnes anda kekal maju dan sentiasa berkembang. Daftar sekarang dengan mengisi borang di bawah dan tempah slot anda segera!