Ingat tak masa mula-mula kita start bisnes sorang-sorang, semua kita boleh buat sendiri? Kitalah yang buat konten, kitalah tekan iklan, kitalah close sale, kitalah packing barang.
Sales boleh jer capai RM40,000-RM50,000. Masuk bulan ke 3 ke 4, kita boleh sustain buat sales, kita pun mula hire team untuk close sales.
Bulan pertama masa hire team tu, seronok betul kan? Sales boleh pergi 2 ke 3 kali ganda dari masa kita buat semua sendiri. Masa tu kita rasa, kitalah usahawan yang paling berjaya dalam Malaysia ni.
Masuk bulan ke 5 ada team close sale, sales makin lama makin drop. Team pulak lepas sorang, sorang makin lemau.
Kita pun mula salahkan team close sale kita tak ada jiwalah, tak ada semangat lah. Macam macam faktor kita salahkan, tapi pernah tak kita check salah pada diri kita sendiri?
As a founder, sepatutnya kita kerap duduk dengan sales team kita. Antara yang patut kita buat masa team tengah perform adalah:
Buat Latihan Berjadual Bersama Team
Buat latihan tukar tukar cara atau flow close sales yang baru Bawa team pergi mana mana program bisnes untuk mantapkan lagi skill closing
Update Marketing Material
Masalah kebanyakan founder ni, kita terlalu ambil mudah marketing material. Lepas 3-4 bulan, masih lagi gunakan content yang sama jer. Setiap bulan, sepatutnya kita prepare content yang baru dan sebaiknya ikut trend semasa. Jadi tak adalah audience bosan tengok content kita yg sama setiap bulan dan juga content yang baru ni memudahkan team sales kita untuk approach propsek yang ‘tidur’ sebelum ni.
Bagi Motivasi Pada Team Sales
Team sales kita ni pun manusia, ada masa mood dia ok, ada masa tak ok. Bila team banyak buat sales, ucapkan tahniah. Bila team kurang sales, ucapkan tahniah dan puji juga team sebab dia dah berusaha. Bila kita sentiasa motivate team sales ni, diaorang pun rasa diri dihargai. Tak adalah dia beranggapan yang diaorang ni ‘mesin ATM’ kita, dan jangan lupa, doakan sales team kita dipermudahkan urusan diaorang.
Bagi Reward Pada Sales Team
Dah team berhempas pulas untuk buat sales sebanyak yang boleh, apa kata bagi reward pada team anda. Anda sendiri pun mesti seronok kan kalau dapat reward. Tak kisahlah nak bagi apa pun, tapi sebaiknya bagilah dalam bentuk barang. Kalau bagi duit ni, dia cepat lupa bila duit tu dah habis. Bila bagi barang ni, mesti dia akan ingat sebab apa dia dapat reward barang tu kan? .
Kami pasti, ramai founder yang buat macam ni pada sales team kan? Dan kami percaya, masih ramai lagi founder yang tak tahu macamana nak hilangkan ‘lemau’ pada sales team..kan? Kalau anda tak tahu macamana nak bermula, sertai Deep Dive Session kami secara percuma untuk kami bantu selesaikan masalah sales team anda yang tak perform.