8 Langkah Awal Untuk Mulakan Sistem Ejen
Sistem Ejen, sebuah frasa yang sangat popular di Malaysia berabad lamanya. Lagenda mengatakan ramai jutawan produk lahir daripada sistem ini. Terma- terma yang biasa berkait dengan sistem ejen ini termasuklah “Dropship, ejen, Stokis, Master Stokis, Monster stokis, Affiliate, Executive Partner” dan macam-macam lagi. Untuk post kali ini, kita akan kupas apa sebenarnya sistem ejen ini dan apakah benar semua orang boleh “Kaya & Berjaya” dengan laluan kerjaya yang telah ramai melahirkan jutawan melalui sistem ini.
Sistem ejen ini sering di kaitkan dengan industri produk samada produk kecantikan, makanan, kesihatan, barang teknologi, buatan tempatan, barang daripada China, home made dan banyak lagi. Apa yang berlaku adalah dalam sistem ejen ini, bisnes atau sesuatu jenama itu akan mempunyai beberapa lapisan pasukan mereka yang akan bertindak sebagai ejen jualan dan penjagaan stok dalam melariskan dan menghabiskan jualan produk jenama/bisnes itu sendiri. Berikut merupakan langkah-langkah asas yang disarankan kepada founder untuk memulakan sistem ejen dalam perniagaan anda.
8 Langkah Awal Untuk Mulakan Sistem Ejen
1) Pengiraan Kos Produk
Semua founder produk yang berjaya maju pastinya membuat kesilapan awal di dalam pengiraan kos dan harga produk ini. Antara kesilapan awal termasuklah tersalah masuk barang yang tidak perlu, penetapan harga produk yang tidak termasuk gaji sendiri & pertimbangan tentang permasalahan di masa akan datang, terlupa nak masukkan skim untuk ejen, Harga terlalu mahal kerana packaging mahal yang tidak perlu, tiada market research tentang competing product.
Pengiraan kos produk yang bagus akan mengambil kira beberapa perkara utama termasuklah kos bahan mentah, Harga produk saingan di pasaran, packaging yang sesuai dengan target market, Ambil kira ruang untuk bonus & komisyen sekiranya mengambil staff sales atau develop sistem ejen, Pengiraan untung kasar dan untung akhir yang teliti, Kos bulanan syarikat dan kos-kos tersembunyi lain yang boleh di hapuskan daripada awal.
2) Strategi Layer Sistem Ejen
Untuk strategi sistem ejen, jenama yang berjaya selalunya tidak tahu di mana mereka patut mula drpd awal. Nak start dgn dropship dahulu, atau mula ejen terus?
Kebanyakan akan melalui proses “trial & error” dan hasil akhir selalunya bergantung kepada personaliti dan gaya bisnes usahawan itu sendiri. Hal ini termasuk mereka yang mempunyai sosial skill yang tinggi akan mudah mendapatkan stokis, dan hanya perlu menjaga stokis dalam lingkungan 5 – 8 orang sahaja. Seyterusnya, bagi mereka yang mempunyai skills pandai bercakap/melatih/father or mother figure style; mereka selalunya akan mempunyai ramai agen yang akan setia bersama mereka drpd awal hingga akhir dan bagi mereka yang bijak drpd sudut marketing dan ingin fokus kepada operasi; selalunya akan bermula dengan ratusan tentera dropship sendiri.
3) Pengiraan terus commission & harga bagi setiap Ejen Tier
Berkaitan dengan kiraan komisyen & harga setiap ejen akan sentiasa berubah bergantung kepada fasa produk atau jenama itu sendiri.
Ada yang memulakan dengan satu produk dan hanya ada satu tier komisyen sahaja. Tetapi setelah ada 3 – 4 produk line, dropshiper mula muncul dalam equation dan ejen mula naik ke tangga stokis. Di sini akan wujud isu seterusnya iaitu komisyen sudah tidak memadai untuk memotivasikan ejen anda. Anda perlukan reward system yang bertahan lama.
4) Reward sistem dalam sistem ejen
Apa reward yang perlu anda beri? Siapa yang layak dapat reward? Perlu bagi setiap bulan ke?
Ini adalah soalan-soalan yang akan muncul dan akan anda selesaikan apabila sudah sampai ke fasa yang mungkin di definisikan sebagai “uncontrollable”
5) Ejen “Recruit”
Saya dah minat dan saya pasti nak buat sistem ejen. Tapi mana nak cari ejen? Siapa yang patut saya recruit? Apa pakej yang saya nak offer? syarikat founder yang berjaya selalunya akan berjaya melakukan automasi ejen recruitment ni daripada hari pertama lagi. Skill mengambil dan mencari ejen ni adalah salah satu kemahiran yang membezakan founder yang boleh pergi jauh dan founder yang jatuh tersungkur.
6) Sistem kawalan order & inventori
Sistem order, tracking, kawalan inventory dan juga menyedari kapasiti awal production anda merupakan key skills utama yang perlu anda mahirkan sebelum berjaya untuk maju ke hadapan dalam pembentukan sistem ejen yang lebih besar. Apa yang anda perlukan untuk pastikan aktiviti operasi harian smooth sailing?
7) Training Ejen & Termination
Selain daripada training ejen, stokis, dan dropshipper dalam skills mereka untuk menjual dan membuat marketing; anda juga akan lalui cabaran besar di mana tidak semua yang berada di fasa awal akan tetap berada bersama hingga ke akhirnya. Kekuatan untuk melakukan apa yang sebetulnya akan di uji dalam fasa dan elemen ini.
8) Sales & Organizational Management
Bagaimana nak dapatkan pengurusan sales setempat untuk organisasi dalam syarikat & ejen sales luar syarikat? Pada cara yang paling efisyen, dengan sistem reporting yang tepat, dan bagaimana nak gandakan sistem kerja sedia ada untuk scale up your business & sales performance as compare to last year? Dalam memahirkan diri menerusi elemen in, usahawan selalunya akan melalui proses automasi a group of repeatable daily activities ke dalam satu set arahan yang akan di laksanakan oleh team yang betul pada kadar result yang menguntungkan syarikat.
Kesimpulannya, setiap peningkatan atau perubahan dalam sesuatu perniagaan pasti berdepan dengan cabaran dan risiko yang tertentu.Walaubagaimanapun, semua pemilik perniagaan harus tetap optimis dengan sebarang kebarangkalian kerana mungkin menguntungkan atau mungkin merugikan sedikit untuk lebih menguntungkan. Jangan putus asa okay!