Beza Dropship, Stokis, Affiliate & Ejen

sistem ejen

BEZA DROPSHIP, AFFILIATE, STOKIS DAN EJEN

Ramai yang masih keliru apa beza antara dropship, affiliate dan ejen? Ada yang antaranya yang cuba mencari tahu apa beza antara tiga perkataan tersebut akan tetapi masih clueless .Sebenarnya ketiga tiga perkataan ni membawa maksud yang sama cuma terms sahaja berbeza.

Ketiga tiga terms ini sebenarnya tergolong dalam satu industri yang sama sahaja iaitu reseller industry. Cuma tingkat heireki yang membezakan ketiga tiga terms ini. Semua menggunakan kaedah yang sama, jual produk dari HQ dan dapat komisen daripada jualan yang mereka lakukan.

Jika anda ada team dropship, affliate,stokis dan ejen, anda sebenarnya sedang menggunakan “ejenship” sebagai salah satu sales channel anda. Sistem ejen ni jika digunakan dengan betul dan teratur akan menjadi sales channel yang paling mudah, cepat dan jimat.

Dropship, Affliate, Stokis dan Ejen merupakan model perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk memegang stok ataupun mengeluarkan modal yang besar untuk menjalankan perniagaan. Anda akan diberikan sejumlah komisen yang ditetapkan oleh founder produk dalam likungan 10% sehingga 20% dari hasil jualan produk sebagai pendapatan.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai 1000 orang team ejen yang setiap hari mempromisikan produk anda kepada kenalan sekeliling mereka menggunakan semua platform yang mereka ada, tumbesaran jenama anda akan berkembang dengan pesat lebih mudah berbanding menggunakan sales channel yang lain.

Walaubagaimanapun, nak membina satu team ejen dan stokis yang berkualiti bukanlah satu usaha yang mudah. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diperhalusi sebelum membuka platform untuk orang lain menjana pendapatan daripada produk yang anda ada. Akan tetapi tiada apa yang mustahil jika anda benar-benar ingin mengubah perkembangan peniagaan anda kepada lebih komprehensif dan dapat meninggalkan impak yang lebih mendalam kepada banyak pihak.

Kesimpulannya, untuk mencapai sistem jualan yang efektif, penggunaan ejen,stokis dan dropship merupakan antara cara yang mudah untuk melonjakkan perniagaan anda sekaligus dapat membuka peluang kepada individu yang ingin menambah pendapatan dengan membuat kerja kerja sampingan melalui penjanaan komisen. Di Ejen2u kami menyediakan lebih daripada 40 modul yang menyentuh segala aspek dalam ejenship bermula dari recruitment sehingga reward dan recognition.

Sign up for our newsletter

Get the best content on user insights, design, and product management delivered to your inbox every week.