Tanggungjawab stokis

Perbezaan antara Stokis dan Ejen?

by | Mar 18, 2021 | Stokis dan Ejen | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Didalam industri ejen dan stokis, penggiat industri ini disusunkan mengikut tahap komitmen melaksanakan bisnes dan kesediaan untuk mengeluarkan modal. Sekarang, bersama-sama dengan Ejen2u, kita fahami takrif dan makna ringkas stokis dan ejen. Kemudian, kita akan perhatikan perbezaan diantara kedua-duanya.

Stokis berasal dari kata akar stok. Stokis adalah seorang usahawan yang ingin menjualkan produk-produk syarikat orang lain dalam amaun yang besar yang disebut sebagai stok produk. Lazimnya stok produk ini disimpan di rumah stokis pada satu ruangan khas seperti bilik setor. Modal yang dikeluarkan oleh seseorang stokis lazimnya besar, digunakan untuk membeli stok produk yang banyak  demi memenuhi permintaan pelanggan dan juga ejen-ejen jualan yang bernaung dibawah pasukan stokis. Stokis adakalanya membekalkan lebihan produk didalam stok simpanannya untuk diniagakan oleh ejen-ejennya. Stokis bertanggungjawab dalam menjaga bilangan stok tersimpan, sentiasa memantau bilangan produk-produk yang terjual, memastikan ejen-ejen didalam pasukannya tidak terputus bekalan produk untuk dijual.

Stokis selalu berhubung dengan bahagian sales dan juga logistik syarikat, membuat penempahan penambahan stok baharu dan melaporkan jika terdapat sebarang kerosakan produk sewaktu menerima produk dari pihak syarikat. Stokis juga menyampaikan segala bentuk pemakluman baharu daripada syarikat kepada ejen-ejen untuk memastikan ejen-ejen melaksanakan jualan dengan cara yang betul, tidak terjerumus dengan gejala bisnes yang tidak sihat seperti permainan buang harga di marketplace!

Ejen pula adalah seorang usahawan yang menjualkan produk-produk syarikat orang lain dalam amaun yang kecil, lazimnya seseorang ejen akan mengambil bekalan produk daripada stokis yang menaunginya. Lazimnya produk-produk yang dipegang oleh ejen tersimpan diruangan kecil di rumah ejen ataupun didalam kenderaannya, sedia untuk menjualkan produk tersebut apabila terjumpa klien yang berpotensi. Modal yang dikeluarkan oleh seseorang ejen ini lazimnya kecil, ditempah dari stokis yang memegang stok yang banyak, kerap bertandang ke premis stokis untuk mengambil bekalan produk dan dijualkan secara terus kepada klien.

Ejen bertanggungjawab untuk menjualkan produk kepada klien dengan harga yang telah ditetapkan oleh syarikat, seiring dengan terma dan syarat yang ditempa oleh syarikat . Ejen-ejen boleh meniagakan produk mereka dengan menjualkannya dengan harga yang lebih tinggi, dan tidak boleh menjualkan produk dengan harga yang lebih rendah dari harga paras lantai yang syarikat tetapkan. Ejen menerima segala pemakluman syarikat daripada stokis yang menaunginya. Ejen-ejen wajib hadiri latihan usahawan yang stokis mereka dan juga syarikat anjurkan, agar mereka terisi dengan ilmu dan skill penjualan yang betul.

Dari dua perenggan diatas, dapatlah kita lihat dan kenalpasti perbezaan antara stokis dan ejen. Stokis modalnya besar. Ejen modalnya kecil. Stokis menyimpan stok produk yang banyak. Ejen menyimpan bilangan produk yang kecil. Sesetengah stokis mempunyai premis perniagaan, ejen tidak perlu premis perniagaan. Stokis adalah pemimpin pasukan ejen. Ejen adalah pengikut setia stokis yang taat. Stokis lazimnya memberi latihan usahawan kepada ejen. Ejen menerima ilmu dari stokis dan mengaplikasikan ilmu bisnes untuk memudahkan dirinya melaksanakan jualan.

Inilah sedikit sebanyak, takrif, makna dan perbezaan asasi antara stokis dan ejen.

Ketahui kenapa anda perlu menjadi seorang ejen di sini!!

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi! Perlukan bantuan? Hubungi kami sekarang!