Apa beza antara ejen dan agen

Perbezaan Antara Ejen dan Agen

by | Jun 15, 2021 | Bisnes, Ejen2u | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

AGEN KE EJEN?

Selalu kalau team kami keluar mana-mana, kami suka sangat spread awareness dekat orang-orang luar ni tentang sistem Ejen2u. Lagi-lagi bila terjumpa dengan mereka yang jual produk-produk. Dan bila mereka nak tanya tentang sistem kami dengan lebih lanjut, kami selalu cakap “cuba search Ejen2u” sebab selalunya website kami ini lah menjadi presentation board on-the-go.

Tapi… selalu yang dibalas balik adalah “yang mana? Tiada pun?” Bila lihat balik, salah ejaan rupanya! Bukan Ejen2u yang di Google, tapi Agen2u.

Ha disebabkan perkara ini selalu berlaku, Ejen2u mula membuat sedikit kajian tentang perbezaan anda dua perkataan ini: Ejen dan Agen

Dan sebenarnya, kalau ikutkan kata Dewan Bahasa dan guru-guru Bahasa Melayu diluarsana, Agen dan Ejen ini membawa makna yang berbeza!

Mengikut kamus dewan Bahasa,

 

  • Agen: sesuatu yang menyebabkan berlakunya tidak balas (proses dan sebagainya). Contoh: Agen pendebungaan
  • Ejen: orang (syarikat dan sebagainya)yang menjalankan perniagaan untuk orang lain. Wakil oenjual dimana barang gudang jika diberi daripdanya tentu lebih murah. Atau orang yang diupah atau digaji

 

untuk melakukan sesuati untuk orang lain.

Jadi jelas lah disini perbezaan antara Ejen dan Agen.

Mungkin salah faham dalam masyarakat sebenarnya terjadi apabila mereka melihat pengunaan Agensi dan juga kerana kedua dua perkataan ini diambil oleh perkataan Inggeris yang sama iaitu “Agent”.

Kita bagi sedikit contoh untuk lebih menerangkan penggunaannya dengan jelas:

 

  1. Kamal merupakan ejen hartanah di sebuah agensi hartanah di Klang.
  2. Flora dan fauna berfungsi sebagai agen pedebungaan.

 

Jadi, jika kita lihat. konteks pengunaan Ejen dan Agen ni sebenarnya berbeza!

Penggunaan Ejen adalah untuk manusia dan penggunaan Agen ini sebenarnya adalah untuk yang bukan manusia.

Ejen2u berharap artikel kali ini dapat menjelaskan sedikit sebanyak tentang penggunaan ejen dan agen! Nanti lepas ni, harapnya bila mereka yang diluarsana mencari kami di Google, dah boleh taip perkataan yang betul!

Ketahui pula lebih lanjut tentang perbezaan Ejen dan Stokis disini!

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now