#Ejen2uCARE: Ejen2u Beri Minyak Percuma Kepada Abang-Abang Riders

j

editor

}

12 Mei, 2021

 

Program Khidmat Masyarakat: #Ejen2uCARE

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi sepanjang Ramadan lepas, Ejen2u telah diberikan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan program #Ejen2uCARE. Beberapa minggu lepas, Ejen2u telah berjaya menyumbang kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang. Jadi kali ini programnya berfokuskan kepada abang-abang rider yang berhempas pulas mencari pendapatan sampingan pada bulan Ramadan ini ketika musim PKP.

Program Infaq Servis Rider ini telah dijalankan selama 2 hari di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam. Objektif program ini pula adalah untuk membantu servis rider seperti Grabfood, Food Panda, J&T, Poslaju dan lain-lain meringankan beban mereka tatkala Syawal bakal menjelma. Team Ejen2u telah berada di kawasan Seksyen 7 seawal 10 pagi hinggalah 6:30 petang. Duit raya dan juga minyak percuma untuk abang-abang rider telah kami berikan sepanjang dua hari tersebut. Ramai diantara mereka sebenarnya merupakan para pelajar universiti yang tidak dapat balik ke kampung halaman. Ada juga yang kehilangan kerja akibat krisis ekonomi ketika PKP ini.

Untuk kedua-dua hari itu, walaupun petangnya dilimpahi dengan hujan yang lebat, masih ramai lagi rider yang kami lihat gigih menghantar makanan atau barang kepada pelanggan-pelanggan mereka. Usaha dan kegigihan mereka sangat mengagumkan.

Oleh itu, sedang Syawal semakin menghampiri, kami berharap duit raya yang dikongsikan dengan mereka dan juga minyak motor percuma yang telah Ejen2u berikan dapat sedikit sebanyak membantu mereka.

Ejen2u doakan abang-abang rider ini supaya sentiasa dilindungiNya dan dikurniakan rezeki yang melimpah limpah.

Ejen2u.
“Sama-Sama Naik”

0 Komen

Hantar Komen

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ms_MYMY
Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now