discussion between agents

Kenapa Anda Perlu Menjadi Seorang Ejen?

by | Mar 29, 2021 | Stokis dan Ejen | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

KENAPA ANDA PERLU MENJADI SEORANG AGENT?

Dengan penularan wabak penyakit Covid-19, kita terbeban dengan pelbagai cabaran seperti masalah pemberhentian kerja, gaji dipotong, cuti tanpa gaji, kerja kontrak yang dipendekkan masa khidmat, dan pelbagai lagi!

Rupa-rupanya disebalik cabaran, ada ruang peluang yang memungkinkan wujudnya satu bentuk pemerolehan ganjaran baharu yang unik. YA, apabila umat manusia sejagat terbeban dengan masalah wabak penyakit dan kemelesetan ekonomi, maka lahirlah satu gelombang bisnes survival baharu, kekayaan baharu dunia yang dipanggil GiG Economy!

GiG Economy merupakan sebuah ekonomi sejagat dimana dunia cenderung untuk menjadi ejen sesebuah bisnes secara sampingan dan sambilan, tanpa perlu berhenti kerja, tanpa perlu berbisnes dengan mengganggu waktu pejabat dan lebih menarik lagi, mereka menjadi ejen dengan menjualkan produk-produk mereka secara online dan menggunakan apps!

Lihatlah ejen-ejen penghantar makanan seperti Rider Food Panda dan GrabFood, mereka menggunakan apps, menghantar makanan ke lokasi klien dan komisyen upah bonus insentif mereka dibayar melalui apps. Dan bisnes sebeginilah yang sedang meletup masakini!

Disinilah terjawabnya persoalan mengapa anda perlu menjadi seorang ejen sesebuah syarikat. Dengan potensi tahunan bisnes industri ejen ini mencecah RM27 Trillion serata dunia. Ini adalah metafora ‘kek besar’ yang kita tidak boleh lepaskan peluang untuk sama-sama berkongsi mendapatkan waima ‘1 potongan kecil’ keberhasilannya!

Tiada risiko rugi besar mahupun bankrap. Latihan dan rujukan pemasaran dan penjualan tersedia oleh syarikat. Tidak perlu pengalaman dalam dunia bisnes untuk bermula. Tidak perlu berhabisan berjam-jam lamanya untuk berbisnes. Boleh dilaksanakan secara sambilan dan sampingan. Tiada konflik kepentingan dengan majikan sediada kerana dibuat diluar waktu pejabat. Suasana kekitaan didalam industri ejen dan stokis ini sangat istimewa malah lebih erat berbanding hubungan adik-beradik!

Paling mengujakan, ada beberapa syarikat ejen dan stokis ini mempunyai budaya kerja dan kaedah unik yang mampu menjadikan kita berubah bertukar menjadi jutawan!

Hebatnya menjadi seorang ejen adalah ilmu bisnes makin terbina seiring dengan aktiviti penjualan produk kepada klien secara santai dan releks. Malah, lagi gawat ekonomi sesebuah negara, lagi ramai ejen-ejen dilahirkan bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kerana sifat survival manusia yang ingin mendapatkan pendapatan ekstra untuk membebaskan diri dan keluarga dari belenggu hutang dan ketidakcukupan. Inilah industri yang tidak bermusim, pelbagai produk dan servis datang bersilih-ganti, penempahan berulang dan pendapatan berulang terjana secara terus-menerus.

Seperti mana yang tertulis pada perenggan-perenggan sebelumnya, apabila ramai ejen-ejen lahir dari suasana ekonomi GiG ini, maka berbekalkan dengan kesabaran dan komitmen yang hanya dilaksanakan secara sambilan, ramai hartawan dan jutawan lahir dari industri ejen dan stokis ini. Terserah anda samada mahu menikmati cebisan kek dari kek kekayaan yang amat besar ini!

Jadilah ejen mana-mana syarikat sekarang!

Jika anda ingin tahu tentang perbezaan antara stokis dan ejen, anda boleh klik disini!

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now