kalau semua jadi ejen, siapa jadi customer

Kalau Semua Jadi Ejen, Siapa Jadi Customer?

by | Oct 28, 2021 | Bisnes, Dunia Ejenship, Stokis dan Ejen | 0 comments

KALAU SEMUA JADI EJEN, SIAPA JADI CUSTOMER?

Salam kesatuan industri ejenship tanahair.

Persoalan “kalau semua jadi ejen, jadi siapa jadi customer” sering dilontarkan dalam dunia ejenship.

Lagi lagi jika netizen perasan dimana-mana sahaja, ada ejen daripada jenama yang sama. Kiri ejen produk brand X, kanan ejen produk brand X, depan ejen produk brand X, belakang pun ejen mereka.

Jadi tertanya-tanyalah mereka, adakah Foundernya buat duit dengan merekruit ejen sahaja? Siapa customer mereka sebenarnya?

Untuk kupas persoalan ini, mari kita lihat dulu takrif asas kedua-dua perkataan ini:

‘Customer’ dalam Bahasa Melayu adalah pelanggan sesebuah produk atau servis. Pelanggan membeli produk dan mendapatkan servis dari penjual, untuk menyelesaikan masalah serta memenuhi keperluannya.

Ejen pula adalah jurujual sesebuah produk atau memberikan servis sesebuah syarikat (firma bukan miliknya) yang menawarkan penyelesaian masalah serta memenuhi keperluan pelanggannya.

Jadi jelas dengan makna di atas bahawa peranan kedua- dua pelanggan dan juga ejen adalah berlainan.

Tetapi Founder yang bijak akan melakukan perkara berikut:

Founder yang bagus akan sentiasa menjaga integriti dan kredibiliti produk syarikatnya dengan menjaga hubungan yang baik terhadap pelanggannya.

Sentiasa membuat tindak-susul (follow-up) terhadap pelanggan, bertanyakan pelanggan berhubung kepuasan pengalaman menggunakan produk/servis yang ditawarkan.

Sentiasa mengutamakan pelanggan dengan memberikan promosi istimewa KHAS untuk pelanggan setia. Apabila pelanggan mulai menghayati dan berpuashati terhadap produk/servis yang diberikan. Pelanggan biasa akan bertukar menjadi pelanggan setia.

Apabila founder benar-benar menghargai pelanggan setia dengan pelbagai bentuk pendekatan memenangi hati pelanggan setia, maka pelanggan setia akan berubah menjadi pelanggan obses. Setiap kali produk habis, pelanggan obses akan kerap membuat ulangan pembelian.

Apabila wujud amalan ‘repeat order’, ‘repeat buying’, ‘repeat usage’ oleh pelanggan obses, founder yang bijaksana ini telah berjaya menampakkan kepada pelanggan obses bahawa produknya ada kuasa beli dan kuasa jual yang tinggi.

Founder yang baik dan bijaksana ini akan menawarkan konsep ‘VIP member’ kepada pelanggan obses ini, perlahan-lahan mengajak mereka untuk menjadi ejen. Kerana rasional konsep ‘repeat order’, ‘repeat buying’ dan ‘repeat usage’ ini dihujungnya akan membawa kepada konsep ‘repeat income’ (pendapatan konsisten) untuk pelanggan obses yang menjadi ejen.

Sudah pasti, produk yang ada kekuatan ‘repeat order’, ‘repeat buying’, ‘repeat usage’ dan konsep ‘repeat income’ ini TIDAK akan berlambak tidak terjual, tidak akan berlaku masalah buang harga, produk digilai ramai, bahkan laris laku kerasss.

Ejen yang terbaik adalah ejen yang obses terhadap produk/servis, dahulunya merupakan pelanggan setia dan obses, merupakan pengguna tegar yang kerap membeli. Sangat menghargai founder yang menawarkan produk yang amat berkualiti malah memberikan pulangan yang menguntungkan mereka.

Inilah semaian founder yang tinggi kesabarannya.

Jadi, sekali lagi, kalau semua orang jadi ejen, siapa jadi customer?

Jawapannya mudah.

Semua orang yang jadi ejen sebenarnya dan sepatutnya merupakan ‘customer’ (pelanggan) yang benar-benar puas hati dan mencintai produk yang founder tawarkan.

Bermula sebagai pelanggan dan akhirnya menjadi ejen yang setia suka berkongsi kemujaraban produk/servis kepada seramainya warga diluarsana.

Dan BUKANNYA ejen-ejen yang menjadi tebusan lambakkan produk oleh founder, dihujungnya terpaksa memperhabiskan produk yang banyak, terpaksa makan produk yang banyak, terpaksa pakai produk yang tak terjual semacam ‘customer’ (pelanggan).

Dahlah banyak stok produk. Skil jualan kosong. Produk tidak terjual. Produk mahal dan tidak berkualiti. Founder goyang kaki puaskan nafsu-nafsi. Ejen menyumpah seranah dan akhirnya berhenti kerana pengalaman yang negatif terhadap founder dan produk.

Baca disini pula untuk ketahui kenapa anda perlu menjadi seorang ejen!

Apa yang anda pelajari:

Kalau Semua Jadi Ejen, Siapa Jadi Customer?

Peranan Customer dan Ejen adalah berbeza

Founder yang bijak mampu menukarkan customer obses menjadi ejen mereka

customer sebenar adalah ejen yang dahulunya merupakan customer setia produk

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now