Tanggungjawab stokis

Jadi Ejen Pro Lepas Hapuskan Sikap 6M

by | Jul 14, 2021 | Bisnes, Ejen2u, Stokis dan Ejen, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Jadi Ejen Pro Lepas Hapuskan Sikap 6M

Apabila seseorang warga negara yang mungkin mengalami kesempitan wang diwaktu ekonomi negara gawat ini, hatinya berasa gundah-gulana, gelabah kerana bimbangkan keadaan anak-anak dirumah. Atau mungkin juga tidak begitu tertekan ekonominya sewaktu penularan wabak penyakit Covid-19 ini, cuma sekadar tertekan kerana terlalu lama terperap terkurung dirumah. Ramai juga yang merasakan semenjak negara terbeban dengan kegawatan ekeonomi, mereka mengintai pelbagai peluang bisnes yang boleh dilakukan secara sambilan dan sampingan.

Tahukah anda bahawa satu-satunya industri didalam dunia menawarkan modal yang amat kecil tetapi pendapatan yang sangat lumayan, tak lain tak bukan, industri ejen dan stokis. Menyaksikan sejak 4 dekad, lebih 6000 orang ejen dan stokis yang berjaya menjadi jutawan industry, menawarkan produk-produk kecantikan, kesihatan, pendidikan, penjagaan diri, penjagaan rumah dan banyak lagi.

Mereka-mereka inilah merupakan ejen professional atau nama singkatan umum adalah ejen pro.

Menjadi seorang ejen pro menuntut kepada beberapa perkara yang perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Disini, penulis akan berikan sedikit penjelasan untuk anda yang berhajat menjadi seorang ejen pro dihujungnya melaba pendapatan lumayan yang tak dapat ditahan! Demi BIG WHY yang tercinta, merekalah isirumah anda.

Seorang ejen pro mestilah mengkebumikan lantas mentalkinkan 6 jahanam bernama 6M.

1. Seorang ejen pro mestilah membuang jauh-jauh perasaan MALU. Malu bertanya dengan pakar, malu belajar, malu mempromosikan produk, malu bercakap, nescaya akan sesat jalan. Sebagai ejen pro yang rasional, perlu kepada anda menolak diri kehadapan. Seorang ejen pro perlu kuasai ilmu pengucapan awam untuk menarik perhatian pelanggan. Baharulah seindah nama anda sebagai ejen pro.

2. Seorang ejen pro mestilah bangkit pantas melawan penyakit MALAS. Malas belajar ilmu jualan, malas melayan temujanji, malas memprospek pelanggan baharu, malas bertemu dengan pelanggan, malas membuat tindaksusul (follow-up) pelanggan, kesemuanya pasti akan membawa kepada kemerosotan pendapatan menuju sifar. Belum pernah sepanjang hayat, kita bertemu dengan si pemalas bernama jutawan! Jika ada… Jawapan pendek penulis, ‘A lazy fool and his money will soon be departed’.

  1. Seorang ejen pro mestilah berupaya mengawal perasaan MARAH. Marah kepada stokis kerana merasakan stokis lembab dan tidak suportif, marah kepada ejen kerana tidak cekap menjawab respon pelanggan, marah kepada syarikat kerana tidak memberikan latihan usahawan yang sempurna, marah kepada pelanggan kerana menolak produk yang dijual. Seorang ejen pro mestilah bersifat rasional, kalau selalu marah, boleh sakit binasa badan. Bak kata arwah Tan Sri Dr. P. Ramlee, ‘Kalau marah, nanti kena jual’… Kerana insan yang pemarah, segala keputusannya adalah tidak rasional dan mempunyai nilai kejayaan yang rendah, tu yang kena jual tu, samada dengan nilai yang rendah atau tidak mempunyai apa-apa nilai pun. Bersifat rasional dan penyabar akan menaikkan lagi mutu kualiti skill penjualan produk.

4. Seorang ejen pro mestilah tidak berkecenderungan untuk MENYALAHKAN. Menyalahkan kerajaan kerana terlalu lama jangkamasa PKP, mengganggu momentum bisnes, menyalahkan pelanggan kerana menyangka bahawa produk jualan anda hanya laju laris terjual mengikut musim, menyalahkan pengeluar kerana merasakan produk keluaran adalah tidak berkualiti, menyalahkan stokis dan ejen kerana tidak cekap membuat tindaksusul jualan terhadap pelanggan. Padahal diri sendiri yang tidak betul-betul faham berhubung kaedah menguruskan pasukan stokis dan ejen sewaktu krisis luarbiasa tak terjangka. Sekali lagi, ejen pro mestilah bersifat rasional, duduklah berbincang dengan pasukan, fikirkan pelbagai pendekatan dan kaedah yang lain untuk semarakkan lagi penjualan produk didalam tangan.

5. Seorang ejen pro janganlah bersifat MANJAmengada-ngada, semuanya nak bergantung dengan stokis yang masanya pasti terbatas untuk melayan ejen-ejennya yang ramai. Insan yang manja, adalah insan yang mudah MERAJUK apabila kemahuannya tidak dipenuhi. Apabila penyakit MANJA MERAJUK menguasai diri, ejen sebegini akan cepat hilang komitmennya terhadap pelanggan, lantas hilang terus dari aktiviti berbisnes. Dimata mereka, stokis tidak memberikan perhatian dan sokongan yang terbaik, padahal diri sendiri yang malas, manja dan degil tak mahu berubah. Seorang ejen pro cepat-cepat belajar dan mampu berdiri diatas kakinya sendiri, cepat pandai menguruskan bisnes dan pasukannya secara rasional dan bersistematik, kerana ejen pro tahu dihujungnya ‘siapa buat, dia dapat’… Man Jadda Wa Jadda…

6. Seorang ejen pro lazimnya bersifat peramah kerana ejen pro tahu bahawa pelangganlah merupakan asset pemanjangan pendapatannya secara berterusan. Pelangganlah yang memberikan kuasa ‘repeat order’, ‘repeat buying’, ‘repeat sales’, dan ‘repeat income’ untuk seseorang ejen pro. Seorang ejen pro janganlah menjadi manusia yang MENYOMBONG.

Apabila seorang ejen pro menterbenamkan keenam-enam jahanam (6M) diatas, maka persaksikanlah ejen pro itu melaba kejayaan besar bernama jutawan!

Nak lebih best lagi???

Seorang ejen pro atau ramai ejen pro boleh dilahirkan dari ‘rahim’ founder pro yang benar-benar mendidik, merangsang, mendukung, menyokong dan memantau pemeringkatan pasukan stokis dan ejen sejak dari awal lagi.

Di Ejen2u, sebagai founder pro, anda boleh nikmati dan hayati pelbagai ciri unik pada sistem Ejen2u yang menghidangkan pelbagai bentuk kaedah, pendekatan, automasi dan analisis laporan yang jitu. Kesemua ciri-ciri unik yang dibangunkan di Ejen2u berpunca dari pengalaman ‘subject matter expert’ dalam industry ejen dan stokis lebih 2 dekad. Bahagian teknikal yang lengkap, diperhalusi dengan bahagian diplomasi gelagat organisasi ejen dan stokis yang rasional.

Inilah kelebihan Ejen2u, kami HI-TECH dan HI-TOUCH!

Hubungi Pegawai Eksekutif Pemasaran dan Penjualan Ejen2u. Saksikan prebiu kami yang PERCUMA. Bertanyalah sehingga puas juga adalah PERCUMA!
Pat-pat siku lipat, siapa cepat dia dapat!

Apa yang anda pelajari:

Sifat 6M yang ejen perlu tinggalkan untuk menjadi ejen pro

M1 - mALU

M2 - MALAS

M3 - MARAH

M4 - MENYALAHKAN

M5 - MANJA

M6 - MENYOMBONG

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now