#Ejen2uCARE: 5 Sumbangan Diberikan Oleh Ejen2u Sempena Ramadan

j

editor

}

12 May, 2021

#Ejen2uCARE

Ramadhan kali ini, tidak kurang bezanya dengan tahun lepas dimana kawasan Lembah Klang masih berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walaupun sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi, masih banyak sektor yang terjejas akibat PKP 2.0 kali ini dan salah satunya adalah sektor kebajikan. Sektor kebajikan terjejas disebabkan oleh krisis ekonomi yang melanda Malaysia dan menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang kehilangan kerja dan sebagainya.

Dan oleh sebab ini, mereka harus mencatu sumber kewangan mereka agar tidak berbelanja dengan sewenang-wenangnya. Ini merupakan salah satu faktor utama mengapa sektor kebajikan terjejas. Kesukaran rakyat Malaysia untuk membelanjakan duit mereka telah menyebabkan kekurang wang-wang sumbangan yang diterima. Jadi badan-badan kebajikan tidak dapat untuk beroperasi sepenuhnya.

Kami di Ejen2u sedar akan hal ini dan alhamdulillah, dengan rezekiNya, Ejen2u telah berjaya menyumbang sedikit sebanyak kepada beberapa badan kebajikan di sekitar Lembah Klang. Misi ini diketuai oleh orang-orang besar Ejen2u, iaitu Tuan Imran Hadi (CVO), Tuan Safian Mahmud (CCO), Tuan Taufiq Zakir (COO), Tuan AlFath Suliman (CTO) dan Tuan Shafiq Ezhan (CD).

Sumbangan seperti wang dan perkakas dapur telah diberikan kepada badan-badan kebajikan yang tertulis dibawah:

  1. Rumah Anak Yatim Nur Ilham
  2. Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia
  3. Madrasah Tahfiz Ar-Raudhah
  4. Maahad Tahfiz Az-Zahra
  5. Sumbangan berbentuk wang telah diserahkan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Ini adalah salah satu usaha kami untuk kembali berbakti kepada masyarakat. Semoga sumbangan daripada Ejen2u, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Ejen2u,
“Sama-Sama Naik”

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEN
Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now