Founder Bina Istana di Atas Kubur Ejen

j

editor

}

9 Apr, 2021

Istana, ejen

Founder Bina Istana di Atas Kubur Ejen

Assalamualaikum dan Salam Kesatuan Ejen & Stokis TanahAir,

Semenjak warga dunia tertimpa dengan cabaran penularan wabak penyakit Covid-19. Dunia menyaksikan ramai pekerja-pekerja kolar putih dan biru mengalami pelbagai cabaran seperti diberhentikan kerja, cuti tanpa gaji, pemotongan gaji sehingga 75 peratus, kontrak kerja ditamatkan, hutang dengan pihak bank yang makin meningkat, tamatnya tempoh moratorium untuk pembayaran hutang bank, wang simpanan hari tua dihabiskan untuk memenuhi keperluan asas dan kerugian yang besar dalam institusi pelaburan jangkamasa Panjang.

Kesemua cabaran diatas membawa warga dunia amnya dan warga Malaysia khususnya kepada mod survival. Jiwa warga kita makin tertekan hari demi hari. Perasaan yang negatif makin terbina kerana hilang punca pendapatan. Rasa takut terhadap untung nasib kehidupan makin menebal, menjuruskan ramai warga kita mencari punca rezeki alternatif.

Punca rezeki baharu tersebut perlulah bermodal rendah, berisiko kerugian yang rendah, boleh dilakukan secara sambilan, tidak termaktub dengan SOP budaya kerja rasmi yang banyak birokrasi, tidak mengganggu waktu kerja di pejabat dan menjanjikan pulangan yang lumayan dalam masa yang singkat.

Melihat kepada keperluan ini, kita semua sedia maklum bahawa SATU-SATUNYA industri yang menawarkan modal bisnes yang rendah, risiko kerugian yang rendah, komitmen bisnes yang minima dan pulangan yang mewah dan selesa adalah INDUSTRI EJEN & STOKIS.

Semenjak PKP berlangsung di negara kita, warga kita menyaksikan sangat banyak kompeni ejen dan stokis tumbuh pesat bak cendawan selepas hujan. NAMUN, ada juga warga kita tertipu dengan pelbagai kompeni yang mendakwa modus-operandinya adalah bersistem ejen tetapi rupa-rupanya SKIM PIRAMID!

Skim piramid memang berselindung disebalik produk yang didakwa sebagai penyelesaian kepada hampir semua masalah, melayakkan harga produk yang ditawarkan itu mahalnya melampaui logik akal fikiran. Ejen-ejen mereka sebenarnya menjadikan pelanggan sebagai ejen dan menjual konsep kekayaan semata-mata. Kompeni skim piramid, pelanggan mereka adalah ejen mereka, ejen mereka adalah pelanggan mereka, kepenggunaan produk tertolak ketepi! Mereka menjual impian menjadi jutawan semata-mata!

Satu lagi jenis bisnes bersistem ejen dan stokis yang menjadikan ejen dan stokis mereka adalah pelanggan mereka adalah kompeni yang menawarkan bisnes dengan memaksa ejen-ejen mereka membeli MOQ (Minimum Order Of Quantity) yang sangat besar hinggakan founder kompeni sebegini hanya meraih untung jualan daripada ejen dan stokis mereka semata-mata! Produk tidak banyak terjual kepada pelanggan akhir. Inilah founder haruan makan anak! Membina istana diatas kuburan orang lain.

Apabila produk-produk berlambak tak terjual, ejen-ejen menjadi resah, perlu dapatkan wang untuk balik modal, membuang harga semahu-mahunya didalam market-place seperti Shopee dan Lazada. Ejen-ejen lain yang ingin mencari rezeki dengan cara yang jujur akan teraniaya dengan sikap sesetengah ejen yang mebuang harga, padahal kedurjanaan sebenar datangnya dari founder yang mengambil untung berlipat-lipat-lipat kali ganda secara tamak dan tidak memberikan jurang untung yang setimpal terhadap ejen dan stokis mereka. Lazimnya, kompeni yang menggalakkan konsaimen hutang sesama ejen dan stokis memiliki akhlak buruk sebegini! Tidak semua, tetapi ramai founder sebegini.

Anda sebagai founder. Anda sebagai stokis. Anda sebagai ejen. Perkara yang penting untuk kita tidak terjebak dengan kedurjanaan diatas adalah:

1. Sebagai founder, gunakanlah sistem urustadbir ejen yang bersifat CENTRALISED, penempahan secara terus ke HQ, tanpa stokis dan ejen bertukar tangan mengamalkan konsaimen dahulukan pemberian produk hutang bayar kemudian.

2. Sebagai founder, tetapkan MOQ yang rendah kepada stokis dan ejen agar mereka tidak terbeban untuk menghabiskan penjualan produk berbaki dalam simpanan, ianya dapat membasmi masalah buang harga dipasaran.

3. Sebagai founder, janganlah sewenang-wenangnya memaksa stokis dan ejen untuk menjual produk dengan harga yang amat mahal tidak seiring dengan kualiti produk, pelanggan dan pengguna adalah tidak bodoh, mereka mampu membuat pertimbangan untuk membeli dan memboikot produk anda. Apabila pelanggan boikot produk anda, ejen dan stokis anda pasti teraniaya!

4. Sebagai ejen, apabila anda dapati kompeni menetapkan MOQ yang sangat tinggi, diluar kemampuan anda untuk menjualkan produk sehingga habis, janganlah rasa terhutang budi dengan kompeni cekik darah itu, tinggalkan mereka dan cepat-cepatlah berpindah ke kompeni lain yang berhati budi baik, tidak menekan ejen dan stokis dengan amaun kewajiban membeli MOQ produk yang sangat banyak.

5. Sebagai ejen, jangan cepat melatah dan marah memberontak. Adakalanya, kompeni naikkan harga barang kerana harga sumber mentah pun meningkat. Namun, dengan kebijaksanaan anda membuat pertimbangan, studi samada kenaikan tersebut berada dalam amaun peningkatan yang munasabah dan dapat ditanggung oleh kita sebagai ejen yang nak buat jualan.

Maafkan penulisan saya kali ini agak agressif, kerana dalam pengalaman saya didalam industri ejen dan stokis 20 tahun, paling saya benci adalah founder yang tamak dan membina kekayaan dengan menjadikan ejen dan stokis mereka sebagai asset untuk founder menghabiskan produk lebihan dalam gudang. Padahal produk cabuk tak berkualiti tidak ada pelanggan yang nak beli!

Klik sini untuk kenal pasti apa yang anda harus tahu sebelum menggunakan sistem ejen!!

Ejen2u,
“Sama-Sama Naik”

Saffian Mahmud,
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEN
Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now