Tanggungjawab stokis

#Ejen2uCARE: Ejen2u Beri Minyak Percuma Kepada Abang-Abang Riders

by | May 12, 2021 | Ejen2u, #Ejen2uCARE, khidmat masyarakat, Ramadan | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Program Khidmat Masyarakat: #Ejen2uCARE

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi sepanjang Ramadan lepas, Ejen2u telah diberikan peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat dengan program #Ejen2uCARE. Beberapa minggu lepas, Ejen2u telah berjaya menyumbang kepada rumah-rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang. Jadi kali ini programnya berfokuskan kepada abang-abang rider yang berhempas pulas mencari pendapatan sampingan pada bulan Ramadan ini ketika musim PKP.

Program Infaq Servis Rider ini telah dijalankan selama 2 hari di sekitar kawasan Seksyen 7, Shah Alam. Objektif program ini pula adalah untuk membantu servis rider seperti Grabfood, Food Panda, J&T, Poslaju dan lain-lain meringankan beban mereka tatkala Syawal bakal menjelma. Team Ejen2u telah berada di kawasan Seksyen 7 seawal 10 pagi hinggalah 6:30 petang. Duit raya dan juga minyak percuma untuk abang-abang rider telah kami berikan sepanjang dua hari tersebut. Ramai diantara mereka sebenarnya merupakan para pelajar universiti yang tidak dapat balik ke kampung halaman. Ada juga yang kehilangan kerja akibat krisis ekonomi ketika PKP ini.

Untuk kedua-dua hari itu, walaupun petangnya dilimpahi dengan hujan yang lebat, masih ramai lagi rider yang kami lihat gigih menghantar makanan atau barang kepada pelanggan-pelanggan mereka. Usaha dan kegigihan mereka sangat mengagumkan.

Oleh itu, sedang Syawal semakin menghampiri, kami berharap duit raya yang dikongsikan dengan mereka dan juga minyak motor percuma yang telah Ejen2u berikan dapat sedikit sebanyak membantu mereka.

Tanggungjawab stokis

Ejen2u doakan abang-abang rider ini supaya sentiasa dilindungiNya dan dikurniakan rezeki yang melimpah limpah.

Ejen2u.
“Sama-Sama Naik”

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now