centralized vs trading

Centralize Atau Trading? Mana lebih baik?

by | Sep 1, 2021 | Bisnes, Stokis dan Ejen, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Centralize atau Trading sistem di dalam dunia ejenship, mana lebih baik?

Didalam industri ejen dan stokis, rata-rata founder yang mempelopori syarikatnya pasti bermula dengan urustadbir secara manual menggunakan buku catitan dan menyusunkan segala transaksi dan database ejen-ejen mereka menggunakan excel dan juga Whatsapp group (tak tahulah bagaimana founder boleh cekal pantau transaksi menggunakan Whatsapp???)

Berdasarkan pengalaman lebih 20 tahun didalam industri ejen dan stokis. Penulis mendapati syarikat-syarikat besar seperti Amway, Avon dan TupperWare mempunyai jangka hayat berbisnes yang panjang malah masih kekal bertahan sehingga kehari ini.

Apakah rahsia kejayaan mereka?

Jawapannya terletak pada struktur bisnes ejen dan stokis mereka. Sebelum kita mendalami rahsia kejayaan mereka, perlu untuk kita fahami dahulu amalan lazim founder-founder produk diserata Malaysia dahulu. Rata-rata founder di Malaysia menjayakan sistem ejen dan stokis mereka menggunakan sistem TRADING yang sememangnya wujud disebabkan ketiadaan sistem urustadbir ejen dan stokis secara online.

Berikut adalah ciri-ciri urustadbir ejen dan stokis secara TRADING:

  1. Sistem TRADING lazimnya bermula dengan 2 lapis (tahap), Stokis sebagai pembekal produk kepada pasukan ejen mereka, manakala ejen menjualkan produk kepada dropshipper dan pelanggan akhir.
  2.  Sistem TRADING bersifat founder hanya berurusan menjualkan produk dengan stokis sahaja, kemudian stokis akan meminta ejen untuk mengikis stoknya untuk dijual kepada pelanggan akhir.
  3. Sistem TRADING, founder hanya mengenali stokis sahaja, simpanan kira-kira berhubung transaksi jualan hanyalah antara founder dan stokis sahaja. Founder tidak dapat memantau urusan jual-beli antara stokis dan ejen.
  4. Sistem TRADING membolehkan amalan konsainmen hutang antara stokis dan ejen. Stokis dahulukan produk, ejen bayar kemudian setelah mendapat untung. Maka berlakulah juga cabaran hutang berkulapuk tidak berbayar antara ejen dan stokis.
  5. Sistem TRADING memberikan stokis memegang stok yang banyak, menuntut untuk stokis segera untuk menghabiskan simpanan stoknya setiap bulan dengan mengerahkan ejen-ejennnya membuat jualan. Sekiranya produk tidak terjual dan berlaku perlambakan, maka aktiviti buang harga di ‘market-place’ pasti berlaku.
  6. Sistem TRADING mempunyai cabaran menganai founder tidak dapat mengenali dan memantau siapakah ejen-ejennya yang benar-benar skilful berprestasi baik membuat jualan, tidak mempunyai database keberadaan ejen-ejennya. Sekiranya stokis ingin beralih angin berhijrah ke syarikat lain, stokis akan membawa keseluruhan pasukannya untuk turut berhijrah, akhirnya founder akan berputih mata kerana kehilangan pasukan ejen yang melariskan jualan produknya.
  7. Sistem TRADING mempunyai cabaran yang mana founder sukar untuk turun padang ke peringkat lapis/tahap ejen yang paling bawah kerana pejuang sebenar syarikat adalah ejen-ejen diperingkat akar umbi, merekalah yang sepatutnya diberi penghargaan yang setimpal. Sedangkan stokis bersifat seperti orang tengah sahaja. Tetapi dengan database didalam tangan founder hanyalah prestasi jualan stokis sahaja, apabila founder memberikan penganugerahan kepada stokis sahaja, ejen-ejen diperingkat akar umbi akan ‘sentap’ lantas berjauh hati dengan syarikat.

Tiadalah penulis nak memburukkan institusi amalan TRADING ini, ada juga syarikat bersifat TRADING yang berjaya, cuma peratusan kegagalan amalan berbisnes sebegini agak tinggi membawa kepada aktiviti founder yang kerap menukar produk jualan serta berulang-ulang membuat pengrekrutan stokis baharu. Berita baik untuk founder-founder yang ingin bermula dengan bijak dengan amalan urustadbir ejen dan stokis yang teratur. Penulis ingin kongsikan kelebihan urustadbir ejen dan stokis secara CENTRALISED. Sebagai ingatan, inilah sistem yang digunapakai oleh gergasi-gergasi ejenship serata dunia.

Berikut adalah ciri-ciri syarikat bersistem ejen menggunakan pendekatan susun lapis/tahap secara CENTRALISED:

  1. Sistem CENTRALISED secara online membolehkan founder memantau rekod transaksi, urusan logistic stok, pengagihan komisyen, statistik produk terjual, database dan prestasi ejen, mengenalpasti apakah bentuk pendekatan berpromosi untuk menyemarakkan pemasaran dan penjualan produk. KESEMUANYA terdapat didalam sistem centralised.
  2. Setiap lapis/tahap stokis dan ejen tidak perlu menyimpan stok yang banyak agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk menghabiskan jualan produk yang ada didalam tangan dan juga mempunyai masa untuk merekrut ejen baharu. Kerana intipati sebenar industry ejen dan stokis adalah stokis mampu memimpin sejumlah besar ejen. Stokis dan ejen semuanya saling menjualkan produk kepada dropshipper dan juga kepada pelanggan akhir. Apabila stok tidak begitu banyak, produk sempat habis terjual, maka masalah buang harga akan dapat diminimakan.
  3. Apabila founder dapat memantau kesemua lapis/tahap ejen dan stokis mereka, maka segala bentuk penghargaan dan penganugerahan diberikan secara setimpal seiring dengan komitmen, kecekapan penjualan produk yang dikesan melalui bukti pencapaian KPI jualan setiap seorang ejen dan stokis.
  4. Founder lebih mudah turun padang menyelia, melakukan tindak susul penambahbaikan, menyelar tindakan ejen yang sendu dengan memberikan dorongan, menghargai ejen yang berprestasi dengan pemberian. Founder boleh laksanakan mekanisme post-mortem sekiranya berlaku kemerosotan jualan, melaksanakan latihan usahawan untuk memperkasa skill penjualan produk kepada pelanggan akhir

Sistem CENTRALISED secara online sebenarnya suatu urustadbir ejen dan stokis yang terbukti berkesan kerana ianya diamalkan oleh syarikat-syarikat ejenship berprestij serata dunia. Adalah menjadi suatu kebijaksanaan untuk kita mengikut gelagat dan kaedah mereka-mereka yang benar-benar telah berjaya. Kerana kejayaan yang ditiru secara konsisten, boleh menghasilkan kejayaan yang lebih kurang sama darjahnya, selamamana termaktub denga amalan budaya berbisnes yang betul dan dibenarkan oleh undang-undang (dan agama juga ya)

Inilah serba sedikit, perbezaan urustadbir ejen dan stokis secara TRADING dan CENTRALISED. Secara kesimpulan, kaedah urustadbir ejan dan stokis secara CENTRALISED adalah amat-amat jauh lebih baik berbanding TRADING. Namun, jikalau founder masih ingin kekal dengan kaedah TRADING, sebenarnya Ejen2u juga tawarkan kaedah urustadbir ejen dan stokis secara TRADING dan ianya ONLINE! Nak tahu lanjut, sila berhubung dengan pegawai eksekutif pemasaran Ejen2u ya!

Apa yang anda pelajari:

Centralize atau Trading sistem di dalam dunia ejenship, mana lebih baik?

Ciri-ciri urustadbir ejen dan stokis secara TRADING

Ciri-ciri syarikat bersistem ejen menggunakan pendekatan susun lapis/tahap secara CENTRALISED

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

SAFFIAN MAHMUD

Chief Communication Officer Ejen2u International Sdn Bhd

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now