Tanggungjawab stokis

BEZA SISTEM EJEN DAN SISTEM STOKIS

by | Jul 24, 2021 | Bisnes, Ejen2u, Stokis dan Ejen, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20
Ejen dan Stokis

BEZA ANTARA SISTEM EJEN DAN SISTEM STOKIS

Ejen; Seindah namanya adalah warga negara yang berlegar didalam pasaran memasarkan produk-produk syarikat anda. Mereka tidak mempunyai premis perniagaan, tidak membangunkan produk, tidak mempunyai firma perniagaan sendiri, mereka menyertai syarikat anda dengan modal yang kecil. Ingin meraih pendapatan secara sambilan dan sampingan. Ingin cepat meraih untung, meskipun pendapatan belum besar, tetapi hati mereka mempunyai hasrat yang amat besar untuk melangsaikan hutang, ingin memberikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak mereka, ingin membalas jasa dan berbakti kepada ibu dan ayah masing-masing.

Ejen bernaung dibawah pimpinan stokis.

Stokis; Seindah namanya, berasal dari kata akar ‘stok’. Ya, stokis adalah warga negara yang menyimpan stok produk untuk diniagakan oleh ejen-ejen dibawah pimpinan mereka. Mereka JUGA tidak mempunyai premis perniagaan, stok produk disimpan di premis kediaman masing-masing, tidak membangunkan produk, tidak mempunyai firma perniagaan sendiri, jikalau ada, sekadar SSM dan ‘current account’, mereka menyertai syarikat anda dengan modal yang sedikit besar berbanding ejen. Lebih komited memegang stok, lebih aktif memantau pasukan ejen-ejen mereka.

Terdapat 3 jenis ejen.

👉 Jenis pertama adalah ejen yang suka menyalurkan produk didalam tangan mereka dijualkan terus kepada pasukan dropship mereka. Dropshipper merekalah yang mengikis produk didalam simpanan ejen.

👉 Jenis kedua adalah ejen yang terus menjualkan produk didalam tangan mereka kepada klien.

👉 Jenis ketiga adalah ejen yang melakukan kedua-dua penjualan produk kepada pasukan dropship mereka dan juga kepada klien.

Terdapat 2 jenis stokis.

👉 Jenis pertama adalah stokis trading, stokis trading memegang stok yang besar, menyalurkan stok dalam tangan mereka untuk dikikis/dijual oleh ejen dan dropship mereka. Untung stokis trading adalah untung runcit yang mereka raih dari pasukan ejen dan dropship mereka.

👉 Jenis kedua adalah stokis centralized, stokis centralized tidak memegang stok yang besar, mereka menjualkan terus produk didalam tangan mereka kepada klien. Namun stokis centralized mempunyai kelebihan mendapatkan produk dari HQ syarikat anda dengan harga yang murah dan dengan stok yang kecil.

Menariknya, stokis centralized menikmati komisyen overriding (jurang untung harga antara stokis dan ejen) dari ejen-ejen mereka yang aktif membuat jualan kepada klien.

Stokis dan ejen dalam struktur trading hanya mendapat untung runcit melalui konsep konsainmen sesama mereka. Stokis jualkan produk dalam tangannya kepada ejen, stokis dapat terus untung runcit, kemudian ejen terus jualkan produk kepada pasukan dropship dan klien. Adakalanya stokis dahulukan produk didalam tangannya, membantu ejen yang kekurangan modal, ejen jualkan produk dahulu, kemudian membayar produk kepada stokis menggunakan konsep konsainmen hutang.

Stokis dan ejen dalam struktur centralized mendapat untung melalui konsep overriding. Katakan stokis membeli produk dari HQ dengan harga RM10, stokis tersebut merekrut seorang ejen, kemudian ejen membeli produk dari HQ dengan harga RM20. Maka HQ memegang ekstra RM10 untung overriding untuk diberikan kepada stokis. Jangan risau, konsep ini bukan MLM yea. (hahaa, mengapalah MLM sensasi sangat?)

Menariknya apabila stokis dan ejen tidak memegang stok yang besar, mereka mempunyai masa yang banyak untuk merekrut ejen-ejen baharu, tidak terlalu terbeban dengan tanggungjawab menghabiskan stok yang sangat banyak didalam tangan, namun tetap juga mendapat untung yang besar kerana ramai ejen-ejen yang direkrut melaksanakan penjualan peribadi secara terus kepada dropship dan klien.

Konsep amalan urustadbir stokis dan ejen centralized dapat membasmi masalah buang harga di marketplace, membanteras masalah konsainmen hutang ejen berkulapuk tak berbayar, menyahkan masalah sailang-menyailang sesama stokis dan ejen dan dapat menyekat masalah ejen pindah kapal secara besar-besaran ke syarikat lain!

Tetapi tidaklah kita ketepikan stokis trading dan ejen trading, mereka juga mempunyai kelebihan dari segi pembinaan kepercayaan sesama mereka. Senang cerita, didalam Ejen2u, kami membangunkan sistem urustadbir ejen yang mesra konsep centralized dan trading.

Sebagai kesimpulan, ada stokis trading, ada ejen trading, ada stokis centralized, ada ejen centralized. Walauapapun bentuk system urustadbir yang founder pilih, ketahuilah kesemuanya perlu didigitalkan sebaiknya melalui Ejen2u. Dihujungnya, segala aktiviti gelagat stokis dan ejen akan dipantau sebaiknya oleh founder syarikat. Segala masalah birokrasi diminimakan, segala prestasi akan dipertingkatkan. Tanyalah wakil kami di Ejen2u, saksikan preview PERCUMA Ejen2u, anda akan kagum, terkesima dan teruja untuk memiliki sistem urustadbir ejen yang tersusun, komprehensif, padu dan jitu!

Apa yang anda pelajari:

BEZA ANTARA STOKIS DAN EJEN

3 JENIS EJEN

2 JENIS STOKIS

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now