Apa itu master stokis

Apa Itu Master Stokis?

by | Sep 8, 2021 | Stokis dan Ejen, Ejen2u, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

APA ITU MASTER STOKIS?

Master stokis, lazimnya merupakan antara tahap status usahawan yang tertinggi didalam industri ejen dan stokis.

Bagi mencapai tahap Master stokis, kita perlu tahu ciri-ciri Master stokis yang tertera dibawah:

1. Master Stokis bermula dari bawah

Master Stokis pada makna yang lebih rasional, dahulunya merupakan stokis yang setia berjuang bersama dengan syarikat, mencapai KPI jualan yang membanggakan setiap bulan. Dahulunya seorang stokis yang mempunyai ramai pasukan ejen (agen) yang bernaung dibawahnya. Setiap seorang ejen (agen) mereka berjaya mencapai KPI jualan masing-masing.

2. Master Stokis mempunyai team yang tangkas

Master Stokis mempunyai pasukan stokis yang tangkas dalam memandu dan memimpin pasukan ejen (agen) agar mereka semua sentiasa terisi dengan ilmu dan kaedah penjualan produk/servis yang betul.

 

3. Master Stokis memegang stok yang banyak. 

Master Stokis memegang stok produk yang besar,mempunyai kapasiti pasukan stokis dan ejen (agen) yang ramai. Membekalkan stok kepada semua pasukan stokis dan ejen (agen), memastikan stok yang ada dalam tangan stokis dan ejen (agen) habis terjual kepada pelanggan akhir. *(Diatas adalah contoh Master Stokis berstruktur trading).

 

4. Master Stokis mempunyai jualan dan target KPI Bulanan

Master Stokis yang memegang stok yang besar mempunyai pelan rancangan harian, mingguan dan bulanan untuk segera menghabiskan penjualan produk yang berlambak didalam tangan. Diberi kepercayaan yang tinggi oleh founder untuk menjualkan produk kepada stokis dan ejen (agen) diperingkat bawahan tanpa terlibat dengan aktiviti buang harga. Kebiasaannya, untuk menjadi seorang Master Stokis perlulah menunjukkan prestasi penjualan produk yang luarbiasa terhadap founder bertahun-tahun lamanya. Menangi hati founder, maka layaklah seorang stokis diupgradatasi naik taraf menjadi Master Stokis.

 5. Master Stokis merupakan seorang speaker produk yang pakar

Master Stokis lazimnya merupakan seorang speaker produk yang amat-amat-amat mengenali produk/servis yang ditawarkan. Cekap dalam pengiraan komisyen yang ditawarkan oleh syarikat. Menyokong segala kata-kata dasar founder dan pelan induk pemasaran syarikat. Tangkas dalam membuat tindak susul memantau prestasi dan aktiviti penjualan produk/servis oleh kesemua pasukan stokis dan ejen (agen) mereka.

Pandai berdiplomasi dan meredakan sebarang isu sesama pasukan stokis dan ejen (agen), agar keharmonian berbisnes dapat dipertahankan secara brterusan.Master Stokis pada amatan penulis adalah merupakan stokis yang mendapat penghargaan dan kepercayaan tinggi oleh founder syarikat. Founder juga jangan cepat dan mudah daulatkan mana-mana stokis atau ejen (agen) menjadi Master Stokis.

Tahap Master Stokis hanya boleh dicapai setelah seseorang stokis menghabiskan bertahun-tahun menyemai dan berjuang bersama syarikat. Bukan sekadar lama berjuang, bahkan berjaya menggerakkan pasukan ejen (agen) mencapai KPI jualan yang memberangsangkan. Hanya stokis yang berkepemimpinan sahaja layak menjadi Master Stokis!

Ketahui pula lebih lanjut tentang tanggungjawab Stokis disini

Apa yang anda pelajari:

Apa itu master stokis?

Master Stokis bermula dari bawah

Master Stokis mempunyai team yang tangkas

Master Stokis memegang stok yang banyak

Master Stokis mempunyai jualan dan target KPI bulanan

Master Stokis merupakan seorang speaker produk yang pakar

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

SAFFIAN MAHMUD

Chief Communication Officer Ejen2u International Sdn Bhd

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now