8 Sebab founfer perlu invest dalam teknologi

8 Sebab Kenapa Sistem Mahal!

by | May 25, 2021 | Ejen2u, Bisnes, Stokis dan Ejen | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

SISTEM MAHAL BUKAN SAJA SAJA!

Usahawan Melayu yang meraih jutaan ringgit untung berniaga makin mencanak-canak bertumbuh bak cendawan selepas hujan. Kita menyaksikan dengan hati yang bangga bersulam iri hati melihat kejayaan perkembangan yang luarbiasa ini semenjak negara kita tertimpa dengan cabaran penularan wabak penyakit Covid-19. Lebih menarik, ramai founder-founder bergelar jutawan rata-ratanya datang dari industri ejen dan stokis. Ini membuktikan secara jelas bahawa satu-satunya industri yang kekal pesat berdaya saing sewaktu ekonomi gawat adalah industri ejen dan stokis. Modal yang kecil, tetapi pendapatan lumayan.

Apabila founder-founder ini makin berduit dengan pertambahan ejen dan stokis yang meningkat secara eksponen, founder-founder ini mula gelabah kerana urustadbir ejen dan stokis semakin sibuk, rumit dan berkecenderungan untuk terlepas pandang. Susunan database ejen makin kelam-kabut, stok keluar-masuk tak seimbang, produk habis laris terjual sehingga terputus bekalan produk, ejen dan stokis pelbagai perangai mula membuang harga di market-place, tersilap bayar komisyen. Terlebih bayar komisyen, ejen senyap seribu bahasa, terkurang bayar komisyen, ejen melantun-lantun menyumpah seranah. Lebih teruk lagi, apabila founder-founder gagal meredakan kemaraan dan kemarahan ejen dan stokis, dihujungnya mereka akan berpindah ke syarikat lain, menjadikan founder terduduk rapat di lantai berputih mata.

Sebagai solusi, founder-founder ini mula mencari solusi berupa konsultansi dengan pakar-pakar pemasaran diluarsana. Pakar-pakar pemasaran ini menyediakan pelbagai pendekatan urustadbir bisnes secara profesional, menuntut kepada komitmen founder-founder untuk membayar nilai dan masa profesionalisme pakar-pakar pemasaran ini. Ini adalah trend edu-bisnes di Malaysia masakini. Penulis tiada isu terhadap pakar-pakar pemasaran yang caj servis mereka dengan nilaian yang mahal, ‘agreed buyer, agreed seller’. Pengguna servis setuju dengan harga servis yang ditawarkan oleh pakar. Noktah.

Samalah juga apabila founder-founder ini membawa keseluruhan pasukan ejen dan stokis mereka menghadiri kelas-kelas pemasaran dan penjualan premium yang ditawarkan oleh pakar-pakar online dan offline, ‘with cost’ dan ‘zero-cost’, spiritual dan taktikal tersohor serata Malaysia, dengan harga yang luarbiasa mahal. Penulis tiada isu dan tidak berhasrat nak berkelahi dengan mereka. Noktah.

Founder-founder juga melambakkan segala bentuk video yang membakar semangat ejen dan stokis mereka melalui saluran FBLive, igTV, Tik Tok, YouTube Channel dan SnapChat, membawa persona kejayaan jutawan, mengira wang kertas warna ungu berkepul-kepul sehingga tak muat dompet, memandu kenderaan yang mewah eksos mengaum menggoncang jantung, mengenakan tas tangan kulit berkualiti jenama premium, jam tangan yang berkilau-kilau, mengenakan tudung buatan influencer bernilai puluhan ribu ringgit, memakai sut Italian cut, tali leher sutera tirusss dengan kasut Italian muncung besi yang mempersona follower. Rumah agam 4 tingkat merangkap istana mewah. Nawaitu mereka adalah untuk menjadi contoh tauladan membakar semangat ejen dan stokis mereka. Penulis pun tiada isu dengan norma media sosial bawaan founder sebegini, walaupun hati bergoncang dengan rasa irihati yang menebal. Astaghfirullah!

KETAHUILAH, kesediaan founder-founder berhabisan wang yang banyak untuk pakar-pakar bisnes, kelas-kelas bisnes premium, kenderaan mewah ratusribuan ringgit, rumah agam tersergam indah saujana mata memandang, SEMUANYA TAMPAK JELAS DIDEPAN MATA UNTUK DITATAP RAMAI.

Sedangkan sistem berteknologi tinggi untuk memperkasa urustadbir ejen dan stokis mereka, semuanya dibangunkan oleh pakar-pakar pengaturcara yang pendiam dan introvert, tidak banyak cakap seperti influncer, tidak menunjuk-nunjuk dengan persona penampilan gah, tidak petah berkata-kata mengalunkan madah dan helah, tidak mempunyai sebarang keinginan untuk menjadi popular. Mereka sebagai pembangun sistem-sistem yang hebat ini adalah WIRA-WIRA YANG TIDAK DIDENDANG. Apabila tiada elemen sensasi dan populariti, maka hasil kerja pakar-pakar sistem ini tidak begitu dihargai secara setimpal. Mengundang kepada pertikaian dan percakaran yang tidak adil.

Mari kita hayati dan ulang kenang jasa dan bakti pembangun-pembangun sistem ini, seharusnya kepakaran dan masa profesionalisme mereka digambarkan dengan meletakkan diri kita di tempat mereka.

1. Pembangun sistem berpengaturcaraan wajib mempunyai kefahaman asasi fundamental arithmetik, matematik, alGoritma, mantik, logik, linear programming dan syntax yang padu. Menuntut kepada kejituan yang tinggi dengan kesalahan pengaturcaraan hampir sifar. Mereka memerah otak sehingga ke sel neuron yang terakhir, minda mereka letih dengan kehendak founder yang rumit dan pelbagai. 400 ke 1000 baris pengaturcaraan ditaip dengan jitu menuntut kepada fitrah dan fikrah kesabaran yang amat-amat-amat tinggi!

2. Pembangun sistem berpengaturcaraan mengorbankan masa berharga mereka, bersengkang mata sehingga berhari-hari lamanya, lebam dengan ‘bugs’ yang banyak, baris pengaturcaraan yang tidak menjadi, perlu rombakan berkali-kali, sehingga minda, hati dan perasaan lebam dan lali. Seperti robot dan zombie. Kasihan!

3. Pembangun sistem berpengaturcaraan yang bukan vokal petah berkata-kata ini, tangan dan minda mereka bereaksi pantas, sedia redha dengan kehendak founder-founder yang pelbagai, adakalanya tidak logik atau menuntut kepada masa pembangunan yang lama, sedangkan founder nak gunakan sistem dengan cepat.

4. Pembangun sistem berpengaturcaraan bukan sahaja membangunkan pengaturcaraan untuk satu syarikat sahaja, bahkan mereka perlu bangunkan sistem untuk ratusan syarikat, setiap satunya dengan kehendak dan selera founder-founder yang berbeza, dengan darjah kerumitan yang berbeza dan pelbagai.

5. Pembangun sistem berpengaturcaraan bukan berlatarbelakang pendidikan yang biasa-biasa, mereka adalah tangkas matematik, jurutera-jurutera sistem perkomputeraan, robotik dan perancang serta pelaksana susunatur tamadun manusia secara teknikal.

6. Pembangun sistem berpengaturcaraan terpaksa menjiwai ‘flow’ aliran bisnes dan budaya kerja setiap satu syarikat founder-founder ini. Sistem yang baik adalah cerminan jiwa founder DAN Pembangun sistem berpengaturcaraan itu sendiri!

7. Pembangun sistem berpengaturcaraan ini benar-benar mempunyai daya tahan menterperukkan diri bertapa mendapatkan ‘feel’ dan menghasilkan karya yang magis demi memberikan sistem yang terbaik kepada founder.

8. Pembangun sistem berpengaturcaraan adalah PAHLAWAN BARISAN TERKEHADAPAN dalam melindungi aset syarikat-syarikat founder-founder, ejen-ejen dan stokis-stokis mereka dari serangan siber oleh penggodam yang mampu meranapkan bisnes founder-founder!

8 hujah ini adalah sebahagian kecil jasa, bakti dan nilai profesionalisme Pembangun sistem berpengaturcaraan yang seharusnya DIBAYAR LUMAYAN SETIMPAL DENGAN KEPAKARAN mereka. Namun, founder-founder perlu membuat pertimbangan yang rasional, bertimbang rasa setiap kali hati ingin berpencak bersilat mempertikaikan harga servis yang ditawarkan. Penulis tidak menulis dalam emosi sentimental melo-dramatik, penulis menulis dengan minda yang rasional mengenangkan Pembangun sistem berpengaturcaraan ini benar-benar terbeban dengan masalah founder-founder yang pelbagai. Kasihan betul.

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now