7 golden tips

7 Golden Tips Founder Harus Tahu Sebelum Guna Sistem Ejen

by | Apr 1, 2021 | Tips, Bisnes | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

7 Golden Tips Yang Founder Harus Tahu Sebelum Guna Sistem Ejen.

Banyak bisnes di luar sana yang menggunakan busines model ejen. Ejen-ejen anda ini tanggungjawab anda tau. Sebab itulah wujudnya Ejen2u! Kami nak sama-sama bantu anda dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Jadi, sebelum anda menggunakan sistem ejen ini, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu!

1. Kenal sebenar-benarnya bisnes anda

Kenal sebenar-benarnya bisnes anda, saiz market, potensi, keperluan masyarakat dan anggaran keuntungan yang bakal diraih sebelum menjual sesebuah produk atau servis.

2. Sediakan buku kit penerangan produk dan juga buku panduan ejen

Sediakan buku kit penerangan produk dan juga buku panduan ejen agar mereka tidak rosakkan market yang memungkinkan mereka membuang harga produk dan berhijrah ke syarikat lain! Buku kit ini berfungsi sebagai skrip pemasaran yang akan memudahkan ejen anda melaksanakan jualan dan mengurangkan darjah penolakan dari klien.

3. Founder perlu tahu kaedah berpsikologi untuk menarik perhatian klien

Founder perlu tahu kaedah berpsikologi untuk menarik perhatian klien agar terpengaruh lantas terus membeli produk DAN kaedah berpsikologi untuk menjadikan ejen terpesona agar terus obsess menjualkan produk/servis anda. Semuanya terletak pada KEBERSUNGGUHAN anda sebagai founder menampakkan kepada mereka segala apa yang terkandung didalam buku kit penerangan syarikat anda.

4. Founder perlu menguasai ilmu pengucapan awam

Founder perlu menguasai ilmu pengucapan awambernada seorang pemimpin. Kerana pemimpin yang hebat berdiri dihadapan dan bukannya duduk di pinggiran! Selalunya bersesi LIVE di media sosial dan juga membuat mesyuarat/latihan usahawan melalui ZOOM/GoogleMeet/FBGroup Live dan pelbagai saluran pengucapan awam secara online.

5. Founder perlu menjaga penampilan diri 

Founder perlu menjaga penampilan diri dari segi pemakaian, pertuturan, mengotakan janji jika berjanji, selalu memberikan penghargaan dan pujian kepada ejen yang layak, selalu berhubung dengan mereka untuk bertanyakan progress bisnes mereka secara berdiplomasi dan bukannya menekan. Adakalanya kata-kata pujian dan penghargaan yang tidak melampau mampu memenangi hati ejen

6. JANGAN bergelak ketawa berdekah-dekah dengan ejen

JANGAN bergelak ketawa berdekah-dekah dengan ejen. Jangan bercakap Bahasa pasar dengan ejen. Jangan memaki hamun dan mencarut didepan ejen. Jangan bercakap kotor, lucah atau ‘double-meaning’ dihadapan ejen, jangan terlalu lama berborak santai dengan ejen, elakkan makan bersama-sama ejen. Kerana ejen memerhatikan akhlak dan sentiasa cuba untuk mencari kelemahan kita sebagai pemimpin mereka.

7. Jangan cepat terpengaruh dengan tekanan

Jangan cepat terpengaruh dengan tekanan, adu domba, spekulasi, khabar angin dan jangan cepat melatah sekiranya berlaku apa jua polemik, isu dan cabaran rumit. Releks! Kaji dahulu cabaran. Jangan CEPAT TURUTI kehendak ejen dan MENGHUKUM ejen secara membabi-buta.

Adakalanya berdiam diri sementara adalah baik untuk meredakan apa jua isu. Cuma jangan diamkan diri terus menerus! Kemudian baharulah founder tampil memberikan penjelasan secara tenang, sabar dan rasional.

Pemimpin yang hebat pasti teruji dengan asam garam karenah pengikutnya.

Semoga bermanfaat yea…

Apa yang anda pelajari:

7 Golden Tips Yang Founder Harus Tahu Sebelum Guna Sistem Ejen.

Kenal sebenar-benarnya bisnes anda

Sediakan buku kit penerangan produk dan juga buku panduan ejen

Founder perlu tahu kaedah berpsikologi untuk menarik perhatian klien

Founder perlu menguasai ilmu pengucapan awamis bertanggungjawab mengajak ejen ke sesi latihan syarikat

Founder perlu menjaga penampilan diri

JANGAN bergelak ketawa berdekah-dekah dengan ejen

Jangan cepat terpengaruh dengan tekanan

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now