Tanggungjawab stokis

5 Tanggungjawab Stokis

by | Aug 15, 2021 | Ejen2u, Bisnes, Stokis dan Ejen, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

5 TANGGUNGJAWAB STOKIS

Salam kesatuan industri ejen (agen) dan stokis tanahair. Apabila kita berbisnes didalam industri ini, kita akan bertemu dengan pelbagai insan-insan yang ingin mencuba nasib untuk menjadi ejen (agen) jualan secara sambilan dan sampingan. Ingin mengubah kehidupan yang mungkin agak sedikit terhimpit dengan belenggu hutang atau ketidakcukupan. Insan-insan ini baharu mula nak berjinak-jinak menjadi ejen (agen) untuk melaksanakan bisnes dengan modal yang kecil serta risiko yang minima.

Mereka pasti ingin berguru dan mendapatkan ilmu bagaimana untuk menjadi ejen (agen) jualan yang cekap, produk terjual dengan laris serta mendapat untung yang konsisten. Sudah pasti mereka berhajat untuk mempelajari selok-belok berbisnes dengan seorang stokis yang berpengalaman.

Perlu diingatkan bahawa setiap ejen (agen) baharu yang menyertai industri ini, semuanya mempunyai pengharapan yang amat besar untuk berjaya, sanggup mengikat perut diri sendiri dan kaum keluarga tersayang demi memenuhi keperluan keluarga yang makin meningkat hari demi hari. Kita sebagai seorang stokis seharusnya mempunyai empati dan perasaan yang benar-benar ikhlas untuk membantu ejen (agen) baharu ini. Dengan syarat, ejen (agen) baharu ini juga menampakkan kesungguhan berusaha untuk benar-benar faham dan cekal melaksanakan terjemahan perbuatan berbisnes dengan kaedah dan pendekatan yang betul.

Kita sebagai seorang stokis perlu bertanggungjawab dalam melaksanakan perkara-perkara berikut:

  1. Seorang stokis bertanggungjawab mengajak ejen (agen) yang baharu menyertai syarikat untuk menggunakan produk/servis syarikat agar dapat membentuk rasa kecintaan ejen (agen) terhadap produk/servis yang bakal ditawarkan kepada pelanggan.

2. Seorang stokis bertanggungjawab mengajak ejen (agen) yang baharu menyertai syarikat untuk mendapatkan alat bantu jualan seperti kit penerangan produk dan panduan ejen (agen). Penting untuk ejen (agen) memahami:

i. Latarbelakang ‘founder’ syarikat.

ii. Latarbelakang syarikat.

iii. Produk/servis yang ditawarkan.

iv. Testimoni kepuasan pengguna.

v. Testimoni kejayaan stokis dan ejen (agen) yang berjaya meraih pendapatan yang selesa.

vi. Pelan ganjaran berkomisyen yang syarikat tawarkan.

vii. Skrip jualan yang membantu ejen (agen) membuat jualan dengan betul.

viii. Kaedah langkah demi langkah harian, mingguan dan bulanan untuk menghabiskan penjualan produk berbaki didalam tangan.

ix. Kaedah untuk ejen (agen) menampakkan kepada pelanggan betapa produk/servis yang ditawarkan adalah istimewa. Berbeza dengan pesaing lain didalam pasaran.

3. Seorang stokis bertanggungjawab mengajak ejen (agen) yang baharu menyertai syarikat untuk menghadiri sesi prebiu melalui ZOOM/Google Meet/StreamYard bersama-sama pelanggan/tetamu jemputan untuk pihak stokis sendiri melaksanakan penjualan sambil diperhatikan oleh ejen (agen). Ejen (agen) mempelajari kaedah penjualan yang betul.

4. Seorang stokis bertanggungjawab mengajak ejen (agen) yang baharu menyertai syarikat untuk menghadiri sesi latihan usahawan melalui ZOOM/Google Meet/StreamYard. Kali ini founder atau stokis akan menampakkan kaedah jualan yang lebih tepat dan mendalam. Ejen (agen) diajar kaedah untuk menjemput pelanggan/tetamu jemputan untuk hadir sesi prebiu produk pada minggu berikutnya.

5. Seorang stokis bertanggungjawab mengajak ejen (agen) yang baharu menyertai syarikat untuk turut serta dalam aktiviti jualan, baik secara online mahupun offline. Melaksanakan Zero Cost Branding Marketing secara online. Melaksanakan sesi prospekting bertemu pelanggan (selepas PKP) secara offline. Ini akan melatih ejen (agen) untuk mengikis sifat malu dan segan apabila bertemu dengan pelanggan. Objektif kita sebagai seorang stokis adalah agar ejen (agen) dapat habiskan stok yang berbaki dalam simpanan mereka. Dan ejen (agen) kita makin berani bertemu pelanggan setiap hari!

Apabila seorang stokis sentiasa memastikan setiap orang ejen (agen) didalam pasukannya sentiasa melakukan kelima-lima perkara diatas, minima selama 6 bulan, maka anda sebagai stokis telah benar-benar melaksanakan tanggungjawab anda sebagai seorang stokis yang berempati, ikhlas dalam memastikan ejen (agen) untuk balik modal dan berpendapatan.

Sekiranya anda sebagai seorang stokis telah melaksanakan kelima-lima perkara diatas selama 6 bulan terhadap ejen (agen) anda tetapi mereka gagal dan kecundang. Ini bermakna merekalah yang tidak benar-benar serius terhadap bisnes/perjuangan mereka.

Anda sebagai seorang stokis tidak perlu terbeban perasaan kerana melihat kegagalan ejen (agen) anda. Kerana anda sebagai stokis perlu untuk tumpukan perhatian kepada ejen (agen) baharu yang perlu dibaja, disemai dan dijayakan.

Usah dirayu pada yang tak sudi, cari ejen (agen) lain sebagai ganti!

Apa yang anda pelajari:

5 TANGGUNGJAWAB STOKIS

Seorang stokis bertanggungjawab mengajak agen menggunakan produk syarikat

Stokis bertanggungjawab menyediakan kit jualan bagi ejen

Stokis bertanggungjawab mengajak ejen ke sesi prebiu jualan syarikat

Stokis bertanggungjawab mengajak ejen ke sesi latihan syarikat

Stokis bertanggungjawab mengajak ejen ke sesi jualan syarikat online ataupun offline

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now