5 Tanggungjawab Dropship

5 Tanggungjawab Dropship Yang Anda Harus Tahu

by | Aug 15, 2021 | Ejen2u, Bisnes, Stokis dan Ejen, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

5 TANGGUNGJAWAB DROPSHIP

 

Salam kesatuan industri ejen dan stokis tanahair. Apabila ekonomi sesebuah negara makin terbeban dan terhimpit. Disebabkan oleh ketidakstabilan harga minyak dan emas. Penularan wabak penyakit Covid-19 yang didatangkan dengan pelbagai varian. Kita menyaksikan ramai warganegara kehilangan pekerjaan, diberikan cuti tanpa gaji, menerima potongan gaji yang agak ektrem penurunannya, malah ada yang terpaksa bekerja syif ekstra untuk membayar segala hutang-piutang yang makin terbina setelah moratorium ditamatkan. Makin ramai yang terpaksa keluar dari rumah sewa bersama keluarga dan anak-anak yang masih kecil kerana tidak dapat membayar sewa bahkan tidak berupaya untuk meletakkan makanan keatas meja!

Apabila ramai warganegara tertekan dari segi kewangan, minda mereka adalah SAMA. Mereka mahu mencari jalan untuk mencukupkan apa yang kurang didalam tangan. Mereka semua mahukan WANG EKSTRA!

Apabila minda warganegara semuanya sama dan seragam, semuanya mahu dapatkan wang ekstra. Mereka mula mencari peluang dan ingin mencuba nasib menjadi ejen (agen) didalam sesebuah syarikat ejen & stokis. Cuma, cabaran mereka adalah faktor modal. Alangkah baiknya jika dapat berbisnes tanpa modal!

Maka, wujudlah satu saluran bisnes baharu yang kini makin popular, makin ramai yang menceburi saluran bisnes ini. Inilah dia bisnes menjadi dropship tanpa modal!

Seorang penggiat dropship tanpa modal lazimnya mendapatkan bekalan stok dari ejen (agen) atau stokis yang merekrut mereka. Seorang stokis atau ejen (agen) akan memberikan sedikit produk didalam stoknya kepada dropship. Kemudian dropship pula menjualkan produk didalam tangannya kepada pelanggan akhir. Lebih menarik lagi, ada dropship menjadi tukang pemberi maklumat kepada stokis atau ejen (agen) agar produk disampaikan dari stokis atau ejen (agen) secara terus kepada pelanggan akhir.

Apabila dropship tidak mengeluarkan modal, maka dropship tidak menanggung risiko yang besar jika produk tidak terjual, kerana risiko tersebut ditanggung sepenuhnya oleh stokis atau ejen (agen) mereka. Apabila dropship tidak begitu tertekan dalam melaksanakan bisnes, seharusnya mereka mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap produk/servis dan pelanggan mereka.

Seorang penggiat dropship bertanggungjawab diatas beberapa perkara yang berikut:

1. Seorang penggiat dropship yang bertanggungjawab terhadap stokis atau ejen (agen) mereka seharusnya mempunyai ilmu paling asas dalam mempromosikan produk/servis dengan cara yang betul. Menampakkan kepada pelanggan bahawa produk/servis yang ditawarkan adalah berkualiti lantas menyalin dan menyimpan maklumat pelanggan yang melanggan. Kerana dropship akan ‘upsell’ pelbagai produk/servis lain yang ada didalam tangan mereka. Majoriti tahu dropship meniagakan pelbagai produk dari pelbagai syarikat.

2. Seorang penggiat dropship yang bertanggungjawab terhadap stokis atau ejen (agen) mereka seharusnya menghadiri sesi prebiu dan latihan usahawan yang ditawarkan oleh founder, ejen (agen) dan stokis agar mereka membina keyakinan untuk menaiktaraf status usahawan mereka ke tahap ejen (agen) dan stokis yang lebih tinggi lagi.

3. Seorang penggiat dropship yang bertanggungjawab terhadap stokis atau ejen (agen) mereka seharusnya menjaga harga jualan yang seharusnya mereka tawarkan kepada pelanggan. Meskipun produk syarikat dimasukkan kedalam saluran ‘marketplace’. Dropship janganlah bermain harga atau membuang harga didalam ‘marketplace’. Dropship seharusnya mempunyai belas kasihan terhadap ejen (agen) dan stokis yang komited selama ini mengeluarkan sejumlah modal yang besar.

4. Seorang penggiat dropship yang bertanggungjawab terhadap stokis atau ejen (agen) mereka seharusnya menghormati adab berbisnes secara rasional, walaupun tidak menanggung risiko perlambakan stok, walaupun tidak perlu keluarkan modal, walaupun dropship boleh sertai puluhan syarikat lain, dropship perlu tanam sifat menghormati stokis atau ejen (agen) mereka yang benar-benar komited dalam memastikan stok didalam tangan habis terjual.

Dropship sekurang-kurangnya hargailah stokis atau ejen (agen) mereka dengan melaksanakan tindak susul terhadap pelanggan. Kerana stokis atau ejen (agen) mereka tidak memiliki database pelanggan. Jika pelanggan tidak dipantau kepuasan mereka, maka penat untuk semua dropship, stokis atau ejen (agen) terpaksa mendapatkan pelanggan baharu.

Sedangkan pelanggan sedia-ada boleh ditukarkan menjadi pelanggan setia yang kerap membeli produk berulang-ulang kali. Bukankah itu sangat diidam-idamkan oleh semua peniaga!

5. Seorang penggiat dropship yang bertanggungjawab terhadap stokis atau ejen (agen) mereka seharusnya RAJIN menyimpan database pelanggan. Sentiasa membuat tidak susul dengan pelanggan DAN sentiasa sensitif terhadap maklumat terbaharu dari syarikat melalui stokis atau ejen (agen) mereka. Agar dropship tidak terus-menerus menjualkan produk dengan harga promosi yang rendah, sedangkan jangkamasa tempoh promosi sudah pun tamat. Kita tidak mahu ada salah faham sehingga dropship tersalah percaturan, secara tak semena-mena ter’buang harga’ produk syarikat.

Apabila seorang penggiat dropship yang bertanggungjawab terhadap stokis atau ejen (agen) mereka, bertanggungjawab terhadap produk/servis yang ditawarkan, maka semua susunlapis stokis, ejen (agen) dan dropship dapat berbisnes dengan harmoni, tanpa rasa prasangka yang negatif apabila teruji dengan sedikit kemerosotan penjualan produk.
Anda sebagai penggiat dropship, laksanakanlah bisnes secara jujur dan beramanah.

Apa yang anda pelajari:

5 TANGGUNGJAWAB DROPSHIP

DROPSHIP bertanggungjawab mempunyai ilmu asas di dalam perniagaan.

dropship bertanggungjawab menghadiri latihan yang dianjurkan syarikat.

dropship bertanggungjawab didalam menjaga harga jualan produk.

dropship bertanggungjawab didalam menghormati adab perniagaan bagi menjaga nama baik syarikat.

dropshiop bertanggungjawab menyimpan database pelanggan yang membeli dan berminat untuk mendapatkan produk.

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now