Ejen tidur, agen tidur

5 Sebab Kenapa Ejen Tidur

by | Jul 26, 2021 | Bisnes, Ejen2u, Stokis dan Ejen, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

5 Sebab Kenapa EJEN TIDUR

Ejen dan stokis adalah warga negara yang rata-ratanya surirumah, pelajar-pelajar universiti, sisawazah yang menganggur, pekerja industri makan gaji yang ingin mencari wang tambahan, insan-insan yang ingin berjinak-jinak dengan dunia perniagaan, insan-insan yang ingin mencuba nasib untuk mengubah kehidupan dan insan-insan yang ingin berniaga secara sambilan/sampingan.

Mereka adalah insan manusia biasa seperti kita yang mempunyai semangat dan fokus. Adakalanya sangat positif bersemangat membakar membara; dan adakalanya semangat luntur kecewa menerima penolakan klien.

Perlu untuk kita faham asas psikologi manusia. Seseorang yang ingin memecah kebuntuan kesempitan hidup memerlukan TUNJAKAJAR berhubung bagaimana cara untuk berniaga dan mengeluarkan diri dari masalah kewanagn mereka. Seseorang yang ingin mengetahui selok-belok perniagaan yang betul memerlukan HALATUJU pemerolehan yang bakal mereka raih apabila cekal berniaga.

Seseorang yang ingin mempunyai kekuatan perasaan dalam berhadapan dengan klien memerlukan CETUSAN SEMANGAT apabila mereka berhadapan dengan penolakan klien. Seseorang yang ingin terus-menerus kekal yakin kepada perjuangan berniaga demi diri dan keluarga tercinta memerlukan PENGHARGAAN apabila mereka mengecapi kejayaan. Meskipun kejayaan yang kecil.

Seseorang yang ingin terus-menerus fokus kepada perniagaan memerlukan KEFAHAMAN JITU berhubung produk yang diniagakan dan amaun keuntungan yang bakal diraih.

Sekiranya kelima-lima komponen penting diatas, tunjukajar, halatuju, cetusan semangat, penghargaan dan kefahaman jitu dapat dikuasai oleh ejen, maka mereka bakal meraih kejayaan yang besar seiring dengan kematangan pengalaman jatuh bangun dalam perniagaan.

5 sebab mengapa ejen ‘tidur’, tidak aktif berniaga dan suam-suam kuku:

1. Apabila ejen yang baharu menyertai sesebuah syarikat, mereka sebenarnya dalam keadaan teruja untuk meraih pendapatan yang lumayan, mereka belum arif berhubung kaedah penjualan produk, lantas bertemu dengan klien, menceritakan perihal produk dengan cara yang SALAH. Klien tidak mahu membeli produk ejen, lantas ejen hilang punca, luntur semangat dan terus ‘tidur’. Semuanya kerana kita sebagai Founder tidak memberikan tunjukajar kaedah betul berniaga kepada mereka!

2. Apabila ejen sudahpun mempunyai ilmu asas pemasaran dan penjualan produk, mereka melaksanakan jualan dengan sepenuh kudrat dan tenaga tetapi mereka jadi penat kerana mempunyai keuntungan yang kecil setelah berhempas-pulas berniaga.Dimana silapnya?

Mengapa bebanan kerjanya banyak tetapi hasilnya sedikit? Ini disebabkan mereka tidak diajarkan halatuju bahawa seseorang ejen perlu merekrut rakan niaga yang turut serta berniaga bersamanya. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Apabila ramai rakan niaga didalam pasukannya, katakanlah 25 orang. Kalau setiap seorang luangkan masa 2 jam berniaga setiap hari, maka ejen tersebut mempunyai pasukan yang meluangkan masa berniaga 50 jam setiap hari! Inilah halatuju sebenar apabila berbisnes sebagai seorang ejen; Apa yang penting? KERJASAMA!

Jika tiada unsur semangat kerja berpasukan, maka ejen akan ‘tidur’.

3. Lumrah adat berniaga, ada klien yang menerima produk yang ejen jual, pasti ada juga klien menolak. Pastinya hati tidak seronok menerima penolakan, ianya mengundang pelbagai prasangka lain didalam hati. Adakah produk yang dijual ini tidak bagus? Adakah produk yang dijual ini mahal? Adakah produk yang dijual ini banyak pesaing? Adakah produk yang dijual ini hanya laku mengikut musim? Adakah ejen yang menjual produk ini tidak cukup skill nak menampakkan klien? Kesemua perasaan yang bercampur-baur ini pasti berlegar-legar merungsingkan hati ejen sehingga melunturkan semangat mereka. Selepas itu, pasti ejen ‘tidur’ tidak lagi aktif berniaga. Semua ini akan menjadi retak menanti belah apabila kita sebagai founder tidak membuat tindaksusul membakar kembali semangat ejen!

4. Apabila wujud ejen yang berjaya menguatkan semangat dan ‘mind-set’ mereka, kental dan cekal menerima penolakan klien. Perasaan mereka makin kuat hari demi hari untuk bertemu klien dan mempromosikan produk didalam tangan. Apabila ramai klien menerima dan berpuashati dengan produk yang ejen kita tawarkan, sudah pasti hati ejen kita makin gembira, makin yakin untuk terus-menerus berjuang berniaga bersama syarikat anda. Tetapi, mereka boleh kembali ‘tidur’ apabila kita sebagai founder tidak memberikan penghargaan dan ganjaran yang setimpal kepada mereka. Founder langsung tidak menobatkan ejen yang cemerlang ini didalam sesi mesyuarat dan majlis syarikat. Founder langsung tidak mewarwarkan kejayaan ejen di media sosial. Sudah pasti ejen akan jauh hati dengan founder. Ingat! ejen yang ‘sentap’ lebih sukar dipujuk berbanding ejen yang ‘tidur’! Ejen yang sentap akan terus tidur tidak mahu dikejutkan!

5. Apabila ejen tidak hadir sesi mesyuarat ahli baharu bersama founder, tidak hadir sesi prebiu penjelasan produk bersama founder, tidak hadir system latihan usahawan anjuran syarikat, tidak hadir majlis-majlis keraian syarikat, memencilkan diri sekadar membeli produk dari syarikat untuk penjualan semata-mata dan tidak aktif bergaul dengan ejen-ejen dan stokis-stokis lain, tidak bertukar-tukar fikiran dan skill berniaga sesama ejen, tidak belajar skill istimewa dari stokis-stokis senior dan ‘melukut di tepi gantang’, ejen sebegini pasti ‘tidur’ dan tidak meneruskan perjuangan bersama syarikat anda.

SEMUANYA didalam tangan dan keputusan founder sesebuah syarikat, samada ingin aktif menjaga ejen dan stokis dari tertidur dibuai anganan mimpi kejayaan, sedangkan insan-insan yang tersayang tidur dalam keadaan kelaparan!

Apa yang anda pelajari:

5 SEBAB KENAPA EJEN TIDUR

Ejen tidak arif di dalam selok belok menjual produk

Ejen hanya bergerak seorang diri dan tidak mempunyai pasukan

Ejen patah hati apabila jualan mereka ditolak

Founder tidak memberi penghargaan kepada ejen yang berjaya

Ejen tidak melibatkan diri bagi aktiviti syarikat

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now