5 cara boost motivasi ejen

5 Cara Founder Boleh Boost Up Motivasi Ejen

by | Jul 28, 2021 | Bisnes, Ejen2u, Stokis dan Ejen, Tips | 0 comments

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

5 Cara Founder Boleh Boost Up Motivasi Ejen

ANGER IS BETTER THAN DESPAIR!

Marah adalah lebih baik dari berputus asa!

Seorang ejen yang marah terhadap kesempitan hidup yang menghimpit diri dan keluarga lantas mengorak langkah keluar dari rumah mencari jalan untuk berniaga. Ejen marah dengan sikap dirinya yang malas dan mahu berubah, berubah kepada sentiasa rajin menuntut ilmu pemasaran dan penjualan. Ejen marah dengan sikap dirinya yang malu nak berjumpa klien, lantas tebalkan muka beranikan diri bercakap dan berhujah dengan klien. Ejen marah dengan sikapnya yang cepat merajuk apabila menerima penolakan klien lantas kawal perasaan apabila berlaku penolakan. Ejen marah dengan sikapnya yang agak sombong, tidak mahu menservis klien, bertukar kepada sikap yang peramah dan mesra terhadap klien. Marah sebegini adalah jauh lebih baik daripada berputus asa, menyerahkan diri untuk kekal sedih dan hiba, mencemuh diri sebagai tidak berbakat dalam perniagaan.

Rupa-rupanya kemarahan ini boleh diapi-apikan oleh founder sebagai alat untuk membakar semangat ejen. YA, anda akan melahirkan ejen-ejen yang obses kepada produk dan falsafah perjuangan syarikat anda!

1. Gunakan sentimen marah kepada ketidakcukupan ilmu bisnes

Gunakan sentimen marah kepada ketidakcukupan ilmu bisnes dengan meminta ejen anda untuk sentiasa hadir sesi prebiu syarikat anda. Belajar kaedah penjelasan produk, pelan ganjaran berkomisyen, testimoni kepuasan pengguna dan testimoni kejayaan ejen yang berjaya meraih pendapatan. Kemarahan ejen yang dambakan kejayaan akan bertukar menjadi kesedaran yang rasional untuk benar-benar ikhlas berniaga dan memberikan servis yang terbaik kepada klien.

2. Gunakan sentimen pemenuhan keperluan keluarga ejen (BIG WHY ejen) sebagai pembakar semangat 

Gunakan sentimen pemenuhan keperluan keluarga ejen (BIG WHY ejen) sebagai pembakar semangat mereka untuk terus merekrut ejen baharu. Ejen-ejen baharu ini dibawa masuk kepada sistem latihan usahawan syarikat anda. Agar ejen-ejen baharu ini mewarisi ilmu pemasaran dan penjualan yang betul, mereka tidak akan rosakkan pasaran, tidak akan memerihalkan produk syarikat anda dengan cara yang salah, dihujungnya ejen-ejen anda akan sangat gembira kerana pasukan mereka berjaya meraih pendapatan dengan cara yang betul dan berkesan.

3. Setiap kali founder dapat mengesan mana-mana ejen yang berprestasi tinggi dalam aktiviti pemasaran dan penjualan

Setiap kali founder dapat mengesan mana-mana ejen yang berprestasi tinggi dalam aktiviti pemasaran dan penjualan; ejen-ejen yang berpendapatan stabil ini layak diberikan penghargaan, ganjaran, ‘award’ dan ‘reward’ yang istimewa. Founder perlu nobatkan mereka sebagai pemimpin yang mampu memimpin pasukan mereka. Founder perlu daulatkan ejen-ejen yang berprestasi ini agar pasukan mereka taat dan patuh kepada pemimpin mereka. Apabila pasukan taat kepada ejen-ejen yang rajin, gigih, konsisten, syukur dan penyabar ini. Maka, akhlak baik ini akan diwarisi oleh pasukan mereka. Anda sebagai founder bakal melahirkan ejen-ejen yang berpendapatan stabil dan konsisten. Bak kapalterbang yang berada dalam mod ‘autopilot’ tak perlu jaga stereng, halatuju sudah jelas, matlamat sudah jelas, bakal mendarat dengan selamat ke destinasi kejayaan!

4. Founder perlu sentiasa membuat tindaksusul kepada keseluruhan ejen dan stokis serata tanahair

Founder perlu sentiasa membuat tindakan susulan kepada keseluruhan ejen dan stokis serata tanahair. Laksanakanlah roadshow ke wilayah-wilayah terdapatnya ejen-ejen dan stokis anda (boleh lakukan selepas PKP). Wilayah yang mempunyai ejen-ejen yang berprestasi, hargai mereka, jamu mereka, puji mereka, tahniahkan mereka, nobatkan pemimpin mereka, daulatkan pemimpin mereka, semarakkanlah kerjasama berpasukan sesame mereka, nampakkan bahawa perniagaan bersistem ejen ini benar-benar berhasil apabila ejen merekrut seramainya rakaniaga yang beminda positif sama waktu dengan mereka.

Konsep ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ adalah konsep yang sangat menguntungkan didalam industri ejen dan stokis ini. Lagi ramai ejen baharu yang menyertai pasukan, lagi tinggi pemerolehan pendapatan yang bakal diraih. Bukan sahaja skil bertambah, bukan sahaja pendapatan bertambah, pengalaman dan kematangan dalam dunia perniagaan juga akan bertambah. Moga disisiNya, pahala khidmat, jasa dan bakti ejen juga pasti bertambah!

5. Founder perlu laksanakan Special Group Meeting, Special Group Coaching untuk ejen-ejen dalam kumpulan-kumpulan yang kecil

Founder perlu laksanakan Special Group Meeting, Special Group Coaching untuk ejen-ejen dalam kumpulan-kumpulan yang kecil. Agak memenatkan, namun usahakan paling lama pun 6 bulan, lihatlah keberhasilannya. Didalam sesi meeting dan group coaching ini, sudah pasti ada ilmu baharu yang nak dikongsikan, kemudian, yang paling penting adalah sesi PERKONGSIAN IKHLAS setiap satu ejen yang hadir. SEMUA ejen perlu bercakap dan meluahkan cabaran mereka. Apabila mereka puas meluahkan, dan anda sebagai founder menampakkan jalankerja dan solusi kepada mereka; persaksikanlah bahawa jumlah penjualan produk syarikat anda pada bulan tersebut akan meningkat berlipat-lipat-lipat kali ganda!

5 inisiatif ini apabila dilakukan secara kerap oleh anda sebagai founder terhadap majoriti ejen anda; InshaAllah, penulis tidak menjanjikan bulan, bintang dan mentari, syarikat anda akan mempunyai ramai pasukan ejen dan stokis yang hebat, mereka pakar produk, mereka pakar pelan ganjaran berkomisyen, mereka pakar strategi perniagaan, yang mana mereka LEBIH HEBAT dari anda!

Dah tahu cara untuk boost up motivasi ejen kan? Ketahui pula sebab-sebab kenapa ejen boleh tidur

Apa yang anda pelajari:

5 CARA FOUNDER BOOST UP MOTIVASI EJEN

Gunakan sentimen marah kepada ketidakcukupan ilmu bisnes

Gunakan sentimen pemenuhan keperluan keluarga ejen (BIG WHY ejen) sebagai pembakar semangat

Setiap kali founder dapat mengesan mana-mana ejen yang berprestasi tinggi dalam aktiviti pemasaran dan penjualan

Founder perlu sentiasa membuat tindaksusul kepada keseluruhan ejen dan stokis serata tanahair

Founder perlu laksanakan Special Group Meeting, Special Group Coaching untuk ejen-ejen dalam kumpulan-kumpulan yang kecil

Banyak yang anda pelajari dari penulisan kami?

Kongsikan blog post kami, supaya lebih ramai mendapat manfaat dari penulisan kami.

Facebook1k
Twitter80
LinkedIn90
Share
WhatsApp20

Mengenai Penulis:

Tuan Saffian Mahumud mempunyai 15 tahun pengalaman didalam bidang jualan dan pemasaran. Mempunyai Ijazah didalam double degree; Major in Statistic & Education with Minor in Economic. Telah melatih lebih daripada 50 produk dan 100 founder di dalam membina jenama produk mereka. Mempunyai 10 tahun pengalaman di dalam bidang pendidikan dan penasihat perniagaan.

SAFFIAN MAHMUD

“Sama-Sama Naik”
Coach Sistem Ejen,
Co-founder Ejen2u,
Co-founder Ejen Lejen

Open chat
Hi, Need Help?
Whatsapp Us Now